Profesor luluskan pelajar hampir gagal, terima pujian warganet
Profesor luluskan pelajar hampir gagal, terima pujian warganet

Profesor luluskan pelajar hampir gagal

Rasyidah Zulkifi
07 Apr 2022 07:24pm
A
A
A

Di Twitter, tular hantaran seorang pensyarah berpangkat profesor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang prihatin terhadap seorang pelajar.

Beliau memberi markah lulus kepada pelajarnya yang hampir gagal.

Difahamkan mahasiswa itu dipanggil semula kerana menghantar jawapan yang sukar untuk difahami.

Baca juga

Tular lagi video buli, Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan

Pak Arib tak sangka tular di media sosial, dikagumi kerana boleh ajar pelbagai subjek

Menurut pensyarah Fakulti Perubatan UNIMAS, Profesor Dr Siti Raudzah Ghazali, mahasiswa berkenaan mempunyai kesulitan menjawab peperiksaan dalam Bahasa Inggeris kerana kurang menguasai bahasa antarabangsa itu.

“Saya memang tak dapat memahami langsung jawapannya dalam Bahasa Inggeris.

“Beliau kekurangan tiga markah untuk lulus.

“Saya panggil dia, saya kata awak gagal dalam peperiksaan akhir,” katanya di Twitter, baru-baru ini.

Tujuan Siti Raudzah memanggil mahasiswa berkenaan adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai tahap kefahamannya dalam subjek yang diajar.

Kemudian, pelajar itu meminta izin untuk menerangkan jawapan dalam Bahasa Melayu dengan bahasa negerinya yang sangat pekat.

“Subhanallah dia memang faham bab satu sehingga sepuluh.

“Saya pusing ikut mana pun, dia memang faham semua teori.

“Saya tambah lagi tiga markah dan dia lulus,” ujarnya.

Menurutnya, markah pelajar lain juga semuanya ditambahkan kepada tiga markah masing-masing.

Baginya, mendidik bukan bertujuan memastikan semua pelajar mendapat gred A dalam satu-satu mata pelajaran.

“Matlamat saya, nak bagi pelajar lebih berilmu.

“Benda yang tak pernah tahu, dia jadi tahu,” katanya.

Hantaran tersebut berjaya meraih 22,700 tanda suka dan lebih 9,000 twit semula daripada pengguna laman Twitter yang rata-rata memuji tindakan baik pensyarah itu.

@meowning7 : Masya-ALLAH, inilah pendidikan sebenar. Inilah pendidik yang sebenar. Terima kasih sebab jadi pendidik yang baik. Anak-anak didik puan beruntung dididik oleh pendidik macam puan. Terima kasih juga kongsi dengan kami.

@GeeRendang : Masya-ALLAH, semoga yang baik untuk puan. Inilah pendidik yang sejati!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok