PRS-IPTA-SINARBESTARI-2022
PRS-IPTA-SINARBESTARI-2022

Program PRSK bina keyakinan 88 Pembimbing Rakan Siswa IPTA

nadzarul.amir
28 Dec 2022 02:55pm
A
A
A

Seramai 88 Pembimbing Rakan Siswa, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara menjalani program Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) peringkat kebangsaan dalam membina keyakinan diri.

Program bertemakan 'PRS, Together Stronger' yang berlangsung selama empat hari itu telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak baru-baru ini dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan penganjuran perkampungan PRSK kali ini.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff mengingatkan para peserta kepentingan sifat saling bantu-membantu.

“Sebagai seorang Muslim yang berjiwa murni, kita perlu sentiasa mengaplikasikan tuntutan di dalam al-Quran agar saling membantu antara satu sama lain.

“Ia berikutan, mereka yang menghulurkan bantuan akan diangkat kemuliaan mereka,” katanya dalam ucapan perasmian program PRSK peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Muhammad Iqbal Mohd Zamani berkata, PRSK merupakan latihan tahunan yang berbentuk kepimpinan, bina semangat berpasukan dan menambah ilmu pengetahuan terutama dalam proses pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa.

“Program kali ini adalah sebagai wacana membina keyakinan dan keazaman diri Pembimbing Rakan Siswa (PRS) supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menabur bakti kepada universiti.

“Bahkan, ia dapat menyemai sifat kemasyarakatan dalam diri para pelajar sekali gus mengukuhkan hubungan profesional dan rangkaian dalam kalangan mahasiswa PRS di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Muhammad Iqbal menambah, sebanyak 18 IPTA menyertai program kali ini antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Katanya, terdapat pelbagai aktiviti dirangka termasuk bengkel pengukuhan kerja berpasukan, kotak misteri dan musang berjanggut.

Pembimbing Rakan Siswa atau lebih dikenali sebagai PRS ditubuhkan di semua universiti awam di bawah Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Awam (MAKUMA).

Artikel berkaitan

USIM serlah bakat kesenian, menerusi festival koir, penyanyi Nash diundang ketua juri pertandingan

USIM bantu rawatan gigi dan pemeriksaan kesihatan percuma masyarakat Orang Asli

USIM tanam 200 pokok dalam kampus, jayakan penghijauan Malaysia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok