Sesi LIVE pemohon biasiswa perguruan dengan Bahagian Tajaan KPM bermula hari ini
Sesi LIVE pemohon biasiswa perguruan dengan Bahagian Tajaan KPM bermula hari ini

Sesi LIVE biasiswa Bahagian Tajaan KPM bermula hari ini

Rasyidah Zulkifi
29 Mar 2022 06:35pm
A
A
A

Hari ini merupakan hari pertama sesi interaksi pemohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 bersama Bahagian Tajaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Program tersebut dijalankan secara video penstriman langsung (Live) melalui aplikasi Google Meet selama tiga hari berturut-turut sehingga 31 Mac 2022.

Baca juga

Tawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarang

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2022 dibuka minggu ini, ISM dengan pendidikan juga boleh mohon

Pada 12 April depan, sambungan perbincangan ini akan diadakan sekali lagi hingga 15 April 2022.

Kedua-dua sesi interaksi ini dijalankan pada sebelah pagi dan petang iaitu masing-masing pukul 10 pagi dan 3 petang.

Setiap sesi terhad kepada 100 peserta terawal dan mereka dikehendaki bersedia 15 minit lebih awal sebelum program dimulakan.

Pemohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2022 yang ingin menyertai perbincangan tersebut perlu memuat turun aplikasi Google Meet kemudian tekan pautan https://meet.google.com/aog-vdma-dvi bagi membenarkan akses.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Info

KPM telah membuka penawaran biasiswa tersebut pada 25 Mac lalu kepada semua pelajar ISMP universiti awam (UA) yang berkelayakan.

Calon yang mendapat keputusan cemerlang dan mengambil major dalam bidang pendidikan boleh membuat permohonan sebelum 22 April 2022.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan biasiswa boleh e-mel ke penawaran.bb@moe.gov.my atau hubungi di talian 03-83217154.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok