Kali pertama sertai sukan SEA ke-31, pelajar politeknik ini nekad ‘bawa pulang’ pingat untuk Malaysia
Kali pertama sertai sukan SEA ke-31, pelajar politeknik ini nekad ‘bawa pulang’ pingat untuk Malaysia

Kali pertama sertai sukan SEA ke-31, pelajar politeknik ini nekad ‘bawa pulang’ pingat untuk Malaysia

Roshlawaty Md Raieh
13 May 2022 04:45pm
A
A
A

Pelajar Semester Satu, Diploma Pemasaran Politeknik Merlimau (PMM), Melaka, Ayzek Hakimi Safingan, 19, akan berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama negara pada Kejohanan Southeast Asian Games (Sukan SEA) yang kini berlangsung sehingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam.

Dia yang terpilih mewakili Malaysia dalam acara Petanque berkata, Sukan SEA ke-31 adalah sukan terbesar yang pernah dia sertai ketika ini.

“Ini adalah kali pertama saya mewakili negara selepas beberapa siri kejayaan yang dikecapi menerusi beberapa kejohanan sebelumnya.

“Sudah tentu saya sangat gembira dan amat bersyukur kerana terpilih sebagai atlet acara Petanque kategori Triple Lelaki.

“Bukan mudah tanggungjawab yang saya bawa ini. Ia sangat berat untuk digalas. Doakan saya agar dapat buat yang terbaik dalam sukan tersebut,” kata anak jati kelahiran Selangor ini.

Baca juga 

3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu

Kenali permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pelajar wajib tahu ini!

Beritahu anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini, sokongan daripada keluarga, warga PMM dan seluruh rakyat Malaysia akan dijadikan penguat semangat untuk dia merangkul pingat di Sukan SEA nanti.

“Kedua ibu bapa; Pengarah PMM, Norizam Sekak; Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Amir Awang Muda dan ramai lagi, antara yang memberi kata-kata semangat ketika menghantar saya ke lapangan terbang baru-baru ini. Insya-ALLAH, saya akan melakukan yang terbaik demi PMM, Melaka dan negara,” jelasnya.

Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 itu dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh, baru-baru ini.

Temasya berkenaan telah dibahagikan kepada tiga segmen, iaitu ‘Vietnam Yang Ramah’, ‘Asia Tenggara Yang Kuat’ dan ‘Asia Tenggara Yang Menyinar’.

Ia telah dimulai dengan acara tabik hormat kepada bendera Vietnam dan nyanyian lagu kebangsaan tuan rumah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan rasmi sukan tersebut.

Dalam sejarah penyertaan Sukan SEA, pencapaian terbaik Malaysia adalah 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk muncul juara edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Pada edisi 2019 di Filipina pula, kontinjen negara gagal menepati sasaran 70 pingat emas ditetapkan apabila hanya membawa pulang 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa.

INFO

PROFIL DIRI

Nama penuh: Ayzek Hakimi Safingan

Nama bapa: Safingan Paimon

Nama ibu: Siti Amnah Mohd Yaccob

Tahap pendidikan: SK Sungai Rawang dan SMK Sungai Rawang

Mengapa memilih petanque sebagai sukan pilihan: Kerana saya dapat mencapai tahap yang tinggi berbanding sukan lain yang saya telah sertai.

Pencapaian:

1) Asian Petanque Championship (Shooting) (Triple) - Emas

2) SUKMA 2018 (Berpasukan) - Emas

3) Kejohanan Petanque Angkasa Kebangsaan 2018 (Triple) - Emas

4) Kejohanan Petanque Open Kuala Selangor (Double) - Keempat

5) Kejohanan Piala Presiden 2018 (Single) - Emas

6) Kejohanan Triple Terbuka Negeri Sembilan (Triple) - Perak

7) Kejohanan Petanque Gold Johor Invitation Southern Region 2021

i. (Double) - Emas

ii. (Triple) - Gangsa

iii. (Berpasukan) - Emas

8) Kejohanan Petanque Antarabangsa Terbuka Terengganu 2020 (Double) - Lapan terbaik

9) Kejohanan Petanque Double Kuala Selangor 2019 - Perak

10) Kejohanan double Kuala Langat 2019 – Emas

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok