UNISZA-ANUMERTA-SINARBESTARI-2022
UNISZA-ANUMERTA-SINARBESTARI-2022

Suami isteri sebak terima anugerah anumerta arwah anak

nadzarul.amir
06 Nov 2022 05:39pm
A
A
A

Linangan air mata iringi pasangan suami isteri yang menerima skrol Diploma Anumerta Sains Kejururawatan secara anumerta kepada arwah anak mereka, Nur Fadzielah pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-14 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Md Isa Yaakob, 56, yang bekerja di sebuah kilang di Baling, Kedah hadir ke majlis itu bersama isterinya, Roslina Wahab, 50, dan dua anak perempuan mereka.

Dia berkata, anaknya meninggal dunia pada 19 Jun lalu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 13 Jun 2022.

“Pada mulanya arwah terjatuh di bilik air ketika cuti semester dan mengalami strok serta memerlukan rawatan fisioterapi yang berpanjangan.

“Arwah terpaksa menangguhkan pengajian di semester terakhir dan dia mendapat serangan sawan serta tidak sedarkan diri kemudian dimasukkan ke ICU”, katanya dalam kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

Dia memberitahu, walaupun berat hati untuk hadir ke majlis itu namun mengenangkan ini adalah penghormatan dan penghargaan kepada arwah anaknya yang merupakan harapan keluarga dia kuatkan dirinya.

“Sedih bila tengok keluarga lain meraikan anak masing-masing yang bergraduasi namun kami tidak dan kehilangannya masih dirasai kami sekeluarga.

“Begitupun, saya tetap bangga dengan pencapaian arwah dalam bidang sains kejururawatan dan pernah menyatakan hasrat untuk membawa saya dan isteri ke majlis konvokesyen dia”, ujarnya.

Anugerah itu disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam.

Artikel berkaitan

Gadis ‘penoreh getah’ daftar masuk UniSZA

Pengantin baharu teruja, kongsi pentas di majlis konvokesyen UniSZA

AKPK dan UniSZA jalin kerjasama program penempatan industri secara maya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok