1663182424002
1663182424002

Susherrie kebanggaan suku Semai, jadi anak Orang Asli Perak pertama terima ijazah kelas pertama di London

Adlan Farhan Azwan
15 Sep 2022 02:20pm
A
A
A

Menjadi kebanggan buat masyarakat Orang Asli di Perak apabila seorang mahasiswa dari suku Semai, Susherrie Suki mencipta sejarah tersendiri dengan menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di University College London (UCL).

Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), anak kelahiran Tanjung Malim, Perak itu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.

“Dia merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL.

“Suherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya adalah Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.

“Dia kini telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” katanya menerusi ciapan di laman di Twitter, baru-baru ini.

Suherrie bersama ahli keluarga tercinta ketika menghadiri majlis konvokesyen di UCL. Kredit foto: LinkedIn Susherrie Suki

Sejak sekolah lagi, Susherrie sentiasa memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik dengan meraih keputusan 10A untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej MARA Seremban.

Jelas kenyataan itu lagi, Susherri adalah salah seorang pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.

“Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, Ketua Biro Publisiti Bartlett Urban Planning Society dan Ketua Biro dalam UCL Malaysia Society,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Impian Orang Asli, Arisna mahu jadi contoh terhadap komuniti

Sering dihina dan dipandang rendah, Ammar kini bergelar graduan University of Manchester

Berjaya genggam ijazah walau serba kekurangan, semangat Mahavithia buat ramai kagum!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok