arisna
arisna

Impian Orang Asli, Arisna mahu jadi contoh terhadap komuniti

Rasyidah Zulkifi
30 Jun 2022 07:32pm
A
A
A

Impian D Arisna, 36, mahu menjadi contoh kepada komuniti Orang Asli menjadi kenyataan selepas dia berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Ketengah, Terengganu.

Ibu kepada empat anak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Diploma Orang Asli pada Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Ke-3 2022 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini.

Arisna berkata, kebanyakan suku kaumnya bekerja di kilang dan melakukan kerja kampung untuk menyara kehidupan.

Dari situ dia terdetik hati untuk mencabar diri sekali gus mengubah nasib keluarga yang juga masyarakat Orang Asli.

Bagaimanapun, dia turut mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran seperti yang biasa dialami mahasiswa lain.

“Pada 2018, saya menyambung pengajian jarak jauh (PJJ) dan situasi memang mencabar kerana perlu membahagikan waktu di antara tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan guru di TABIKA Kemas.

“Awalnya saya berulang-alik ketika cuti sekolah, namun apabila Covid-19 melanda, kelas diadakan secara dalam talian.

“Ketika itu kekangan saya adalah capaian internet yang tidak stabil kerana menetap di kawasan pedalaman dan saya bangga kerana berjaya menamatkan diploma,” katanya yang berasal dari Tronoh, Perak.

Kini, anak keenam daripada 12 beradik itu juga berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda.

Artikel berkaitan

Cikgu Samuel kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak orang asli

Jakoa bantu proses pembelajaran anak-anak Orang Asli

UniKL penuhi impian untuk belajar di Korea Selatan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan