Kolaborasi strategik UMP, KPMKR transformasi pendidikan komuniti Sabah
Kolaborasi strategik UMP, KPMKR transformasi pendidikan komuniti Sabah

Tingkat taraf pendidikan dan kemahiran pelajar di Sabah, kerjasama strategik bantu transformasi

webadmin
04 Feb 2022 08:12pm
A
A
A

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan UMP Advanced memperluas kerjasama strategik dengan pihak Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KPMKR) termasuk agensi serta jabatan lain di negeri Sabah dalam usaha membantu transformasi komuniti berteraskan teknologi terutamanya golongan B40, ibu tunggal, golongan asnaf dan penduduk asal negeri itu.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Datuk Mohd Sharil, kerjasama strategik ini merupakan satu peluang yang berharga dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran penduduk Sabah.

“UMP Advanced mempunyai keupayaan dan pengalaman yang luas dalam melaksanakan program latihan dan kemahiran serta telah berjaya membantu dalam projek transformasi komuniti dan masyarakat melibatkan kumpulan sasar.

Baca juga Adab@UMP aplikasi kupon makan untuk pelajar susah

Baca juga UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf

“Ia telah dibuktikan menerusi pelaksanaan Projek empowerECER Mahkota di Negeri Pahang sejak tahun 2011 hasil kerjasama dengan pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Projek empowerNCER (Utara) yang meliputi seluruh daerah Perak dan Pulau Pinang.

“Selain itu, pengalaman yang luas pihak UMP Advanced dalam menjayakan dua projek di koridor ekonomi ini akan digunakan untuk manfaat rakyat negeri di bawah bayu itu dengan kerjasama strategik bersama pihak KPMKR,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey berkata beliau yakin dengan kemampuan UMP dalam membantu rakyat Sabah terutamanya dalam aspek pendidikan memandangkan UMP mempunyai kepakaran terutamanya dalam bidang berkaitan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Kerjasama strategik ini merupakan satu manifestasi komitmen UMP selaras dengan slogan UMP iaitu ‘Teknologi untuk Masyarakat dan seiring dengan moto UMP Advanced iaitu ‘Education for All, No One Left Behind’ dalam memastikan pendidikan untuk semua bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Turut sama hadir Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Profesor Madya Dr. Mohd Ridzuan Darun.

Sumber: UMP News

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok