Untitled design (3)
Untitled design (3)

UCF serlah bakat dan potensi demi kegemilangan seni

webadmin
03 Nov 2022 03:26pm
A
A
A

Aktiviti yang berbentuk bukan akademik turut menyumbang kepada transformasi potensi, kreativiti, bakat, inisiatif dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa untuk menyerlahkan bakat serta potensi khususnya melibatkan kebudayaan.

Sehubungan itu, dalam usaha memberi peluang kepada mahasiswa UUM dalam menyerlahkan bakat dan potensi selain memastikan kegemilangan seni juga memperkasakan kemahiran insaniah, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan UUM Cultural Festival (UCF) 2022.

Menurut Dekan Hal Ehwal Pelajarnya, Dr Kamarul Azman Khamis, aktiviti kebudayaan dapat membantu pelajar menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru yang melibatkan pengurusan, perundingan, disiplin, komunikasi dan hubungan etnik.

“Kejayaan UUM Cultural Festival kali ke-11 tahun ini adalah bukti Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM sentiasa proaktif dalam usaha menjadi Peneraju Mahasiswa Berbudaya,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup UCF 2022, di Dataran Budaya UUM, baru-baru ini.

Beliau turut berterima kasih kepada rakan strategik, penaja serta karyawan seni khususnya dalam memberi inspirasi kepada PBS bagi melahirkan mahasiswa holistik melalui kegiatan kebudayaan dan kesenian.

Majlis penyerahan hadiah ketika UUM Cultural Festival.

UCF 2022 telah memperlihatkan kepelbagaian aktiviti kebudayaan, antaranya ekspresi puisi, kaligrafi khat, nyanyian solo irama Malaysia, teater pendek, tarian Keluarga Malaysia, busana klasik dan nasyid.

Jelas Kamarul Azman lagi, sebanyak 25 program untuk meningkatkan, mempelbagai dan mengukuhkan kemahiran turut diadakan pada tahun ini bagi meningkatkan kesediaan kerjaya pelajar agar mampu berdepan dengan cabaran.

Dalam pada itu, UCF yang berlangsung selama lima hari bermula 26 Oktober lalu telah menobatkan INASIS MAS dan TNB sebagai Johan Keseluruhan diikuti INASIS Yayasan Al Bukhari dan Bank Muamalat sebagai Naib Johan manakala tempat ketiga, NASIS SME Bank.

Artikel berkaitan:

Dura Adibah, pelajar UTHM raih pengiktirafan di Korea atas perkongsian keunikan budaya Malaysia

UUM tersenarai 148 universiti terbaik Asia

Seni dan peralatan muzik terapi meredakan tekanan dan emosi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok