Wakil delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergambar bersama
Wakil delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergambar bersama

UiTM jalin kerjasama dengan Jerman dalam bidang kejuruteraan

Rasyidah Zulkifi
27 Jul 2022 06:16pm
A
A
A

Bagi merintis kerjasama dua hala khususnya dalam bidang pengajian kejuruteraan berpandukan model akademik-industri yang dinamakan Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape (EXCEL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memilih Jerman sebagai rakan strategik.

Ini kerana negara tersebut merupakan inovator global yang terkemuka dalam industri pembuatan dan telah mempelopori Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada 2011 menerusi projek di Hannover yang mengaplikasikan teknologi digital terkini seperti Objek Rangkaian Internet (IoT), Kepintaran Buatan (AI), robot, dron, kenderaan autonomi, percetakan 3D dan pengkomputeran awan.

Organisasi yang mengguna pakai IR 4.0 adalah lebih fleksibel, responsif, pintar dan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang dipacu data secara efektif dan efisien.

Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama Fraunhofer Institute for Mechatronic System Design IEM, Jerman.

Selain itu, Jerman juga telah menubuhkan Universiti TU9 untuk memperkasakan kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan dan sains buatan di negara berkenaan.

Universiti TU9 ini menggalas reputasi cemerlang sebagai institusi tersohor yang menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi akademik-industri.

Justeru, satu rombongan delegasi UiTM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah dan diiringi oleh Profesor Madya Dr Muhammad Hussain Ismail, Profesor Madya Dr Noor Ayuni Che Zakaria serta Profesor Madya Dr Sheila Belayutham, telah menandatangani satu Letter of Intent (LOI) dengan Fraunhofer Institute for Mechatronic System Design IEM, Jerman.

Pada majlis lain, satu pertukaran memorandum persefahaman (MoU) untuk Program Ijazah Sarjana Dual dan Ijazah Kedoktoran Bersama turut dijalankan di antara UiTM dengan University of Stuttgart, Jerman yang merupakan salah satu komponen Universiti TU9.

Wakil delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergambar bersama

Program yang menyaksikan pertukaran kepakaran, teknologi dan inovasi antara kedua-dua organisasi ini dijangka melahirkan graduan yang mampu menyumbang secara berkesan kepada negara dan kompetitif dalam menembusi pasaran kerja di dalam dan di luar negara.

Impak daripada hubungan dua hala UiTM dengan Jerman dijangka mampu meningkatkan ketampakan UiTM dan selaras dalam usaha mencapai aspirasi universiti untuk menjadi Globally Renowned University 2025.

Artikel berkaitan 

Kerjasama UiTM dan TikTok perkasa pendidikan menerusi media sosial 

Usaha perkasakan TVET negara, jalin kerjasama dengan universiti di Jerman 

Keistimewaan menguasai bahasa Jerman yang pasti buat ramai terkejut! 

Fakulti Pendidikan UiTM jalin kerjasama dengan KBRS

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok