HomeIPTBuletin IPTUMP tubuh bilik gerakan untuk bantu mangsa banjir

Artikel Berkaitan

UMP tubuh bilik gerakan untuk bantu mangsa banjir

PEKAN – Ekoran daripada kes banjir yang telah melanda di beberapa lokasi di negeri Pahang, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah membuka bilik gerakan bagi menyelaras bantuan buat warganya di kedua-dua kampus sejak empat hari lalu.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin, hari pertama bilik gerakan bencana UMP di Gambang beroperasi dengan kapasiti terhad.

“Walaupun ramai petugas dan sukarelawan terlibat banjir juga terkandas kerana laluan terputus dan dinaiki air, ia tidak menjadi halangan buat petugas turun padang membantu demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terjaga.

“Buat masa sekarang, Jawatankuasa Bertindak Bencana UMP telah menggerakkan usaha membantu menyalurkan bantuan makanan buat staf dan pelajar termasuk memindahkan mereka yang terkesan akibat banjir ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Selain itu, UMP turut memperuntukkan sebanyak RM 50,000 sebagai persediaan membantu mangsa banjir menerusi bantuan kecemasan bagi membeli keperluan asas, barang dapur, kelengkapan selimut dan kit kebersihan akibat bencana banjir kepada staf dan pelajar UMP yang terkesan.

BACA JUGA: USIM aktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir bantu pihak terjejas

BACA JUGA: Banjir: UniSZA umum cuti bencana dari 19 hingga 26 Disember

Tambah Yuserrie, Yayasan UMP turut mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada orang ramai, industri, NGO serta dermawan yang sudi menyumbang ke Tabung Bencana UMP.

Pada masa yang sama, UMP turut mengalu-alukan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) menggerakkan tenaga kerja PTJ masing-masing bagi membantu staf yang terkesan seperti membantu pembersihan.

Dalam pada itu, berdasarkan situasi semasa dan terkini banjir di Kuantan dan Pekan, beberapa lokasi kediaman staf air telah mulai surut.

Namun demikian, sebagai langkah kawalan dan keselamatan setiap kerja-kerja pembersihan dari pihak PTJ hendaklah dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Pekan/Gambang bagi mengemas kini rekod pergerakan.

Begitu juga sukarelawan, mereka dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP Penularan Covid-19 bagi mengelakkan berlakunya penularan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

UMP telah mengaktifkan bilik gerakan dan bagi yang memerlukan nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi bilik gerakan bencana di talian 09-549 3333 (Gambang) atau 09-4246999 (Pekan) atau merujuk Info Bencana Banjir UMP di pautan https://www.ump.edu.my/en/banjir.&nbsp.

Sumber: UMP News

Artikel Terkini