WhatsApp Image 2021-12-20 at 12.12.22 AM (1)
WhatsApp Image 2021-12-20 at 12.12.22 AM (1)

USIM aktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir bantu pihak terjejas

Roshlawaty Md Raieh
21 Dec 2021 11:47pm
A
A
A

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah segera mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir pada Ahad, bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas terutama yang berada di sekitar Labu Lanjut, Salak Tinggi dan Sepang, Selangor.

Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali berkata, terdapat tiga komponen utama iaitu keurusetian, keprihatinan dan operasi akan diberi perhatian dalam memastikan operasi bilik gerakan itu berfokus dan mencapai objektif.

“Perkara pertama dan tindakan segera yang telah diambil oleh Bilik Gerakan Bencana Banjir USIM adalah dengan mengumpul maklumat kakitangan dan pelajarnya yang terjejas dengan bencana banjir secara dalam talian bagi tujuan koordinasi bantuan.

“Selain itu, pusat pengumpulan sehenti sumbangan banjir turut disediakan di Pusat Sukan USIM bagi memudahkan penerimaan barangan sumbangan orang ramai.

“Antara barangan sumbangan yang disasarkan untuk dikumpul ialah makanan ready to eat, kit kebersihan diri, kit keperluan wanita, air mineral/minuman, keperluan bayi, selimut dan toto,” katanya.

Baca juga 5 lokasi UiTM Shah Alam dijadikan PPS

Baca juga Banjir: UniSZA umum cuti bencana dari 19 hingga 26 Disember

Ujar Muhammad Haizuan lagi, bantuan awal mula digerakkan seawal tengah hari Ahad dengan agihan makanan keperluan kepada mereka yang terkandas di kediaman masing-masing, manakala kakitangan USIM yang kediaman mereka terjejas teruk, telah disediakan penginapan alternatif di kolej-kolej kediaman berdekatan kampus.

Badan Kebajikan Kakitangan USIM turut menyalurkan bantuan segera RM200 kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana tersebut.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sementara itu, bagi membantu hampir 300 keluarga yang masih terkandas di sebuah taman perumahan di Labu Lanjut, USIM turut meminjamkan kayak dan alatan bantuan menyelamat kepada wakil penduduk.

Tidak terkecuali, Pusat Wakaf dan Zakat USIM turut mengambil pendekatan menubuhkan Tabung USIM Prihatin bagi mengumpul sumbangan kepada warga universiti yang terkesan dengan banjir melalui portal Jom Infaq.

Menyasarkan kutipan sebanyak RM130,000, sehingga jam 11 malam Ahad, sumbangan yang diterima daripada masyarakat amat menggalakkan iaitu sebanyak RM47,629 berjaya dikumpul kurang 24 jam sejak ia dilancarkan.

Tidak hanya memfokuskan bantuan semasa banjir, USIM turut menyiapkan pasukan sukarelawannya yang terdiri daripada kakitangan dan pelajarnya untuk bantuan pasca banjir khususnya operasi pembersihan kediaman.

Pengurusan universiti amat prihatin dan bersimpati dengan mangsa banjir khususnya kepada kakitangan dan pelajar yang terlibat serta menasihatkan semua pihak untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok