pic2 (1)
pic2 (1)

UNIMAS anjur Persidangan CITA’21, tangani cabaran teknologi digital semasa pandemik Covid-19

Mohd Khairi Mohamad Yusri
06 Sep 2021 04:14pm
A
A
A

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Persidangan Antarabangsa ke-12 mengenai Teknologi Maklumat di Asia 2021 (CITA'21) selama dua hari, baru-baru ini.

Persidangan yang diadakan dua tahun sekali ini membawa matlamat untuk menangani cabaran dalam menggerakkan teknologi digital terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan perasmian menyatakan persidangan CITA kali ini merupakan sebuah sejarah kerana kali pertama diadakan sepenuhnya melalui platform maya.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama dalam sejarah CITA di mana persidangan diadakan sepenuhnya di platform maya.

“Pandemik Covid-19 telah menimbulkan gangguan global dan teknologi digital boleh menjadi penyelesaian terbaik bagi menghadapi gangguan akibat pandemik yang melanda sekarang ini.

“Namun, masih banyak kekangan yang harus dihadapi ketika menggerakkan teknologi digital untuk memberi respon kepada krisis semasa. Salah satu cabarannya ialah inklusiviti digital," ujarnya.

Dalam ucaptama tersebut juga, Prof Mohamad Kadim mendedahkan bahawa CITA’21 telah menerima sebanyak 103 kertas kerja dari India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand malah 30 daripadanya telah diterima untuk diterbitkan dalam lima jurnal SCOPUS.

Persidangan kali ini dihadiri oleh 107 peserta daripada pelbagai universiti termasuklah UNIMAS, Universiti Sunway, Universiti Mulia Balikpapan, Universiti Khon Kaen, Universiti Baliuag, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Bina Darma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Universiti Shatt Al-Arab, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Taylor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Multimedia (MMU).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok