HomeIPTBuletin IPTUPSI lancar siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’, kini dibuka untuk bidaan

Artikel Berkaitan

UPSI lancar siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’, kini dibuka untuk bidaan

Siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’ yang dilancarkan oleh Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mula dibuka untuk bidaan oleh orang ramai bermula 1 Julai lalu.

Pengurus Besar UPSI Holding Sdn Bhd (UHSB), Profesor Madya Dr Ramlee Ismail berkata, siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni UPSI sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November ini.

“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, hasil bidaaan orang ramai juga mampu memberi pulangan pendapatan bernilai lebih RM 3 juta ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Naib Canselor UPSI merangkap Ahli Lembaga Pengarah UHSB, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk membantu penjanaan kewangan universiti menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan, Aquatwo Sdn Bhd.

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang mereka minat dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my yang dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai.

“Selepas itu, borang yang telah lengkap perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,” jelas beliau.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UHSB, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datuk Muhammad Muqarrabin Mokhtarudin; Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr Marzita Puteh dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin.

Artikel berkaitan

‘Yah Kuchai’ Kampung Pisang kini lulusan Diploma Bahasa Inggeris UPSI, berhasrat jadi pendidik

UPSI anjur program saham dalam usaha memupuk kesedaran pengurusan kewangan mahasiswa

Festival Muallim UPSI kukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini