UPSI, The World Bank Group bekerjasama laksana penyelidikan asuhan dan didikan kanak-kanak
UPSI, The World Bank Group bekerjasama laksana penyelidikan asuhan dan didikan kanak-kanak

UPSI, The World Bank Group bekerjasama laksana penyelidikan asuhan dan didikan kanak-kanak

Roshlawaty Md Raieh
02 Oct 2022 01:54pm
A
A
A

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dipilih sebagai universiti pertama untuk bekerjasama dengan The World Bank Group dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak dalam konteks pembangunan inklusif dan kelestarian kewangan di Malaysia.

UPSI yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff telah menandatangani surat kerjasama bersama Pengurus The World Bank Group, Dr Yasuhiko Matsuda, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada Isnin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar; Pengarah NCDRC, Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa;  para penyelidik NCDRC dan pakar ekonomi dari The World Bank Group.

Menurut Dr Md Amin, inisiatif yang diambil kedua-dua pihak bertujuan membantu dalam memberi pemahaman kepada komuniti dan negara berkaitan isu serta cabaran asuhan dan didikan kanak-kanak di Malaysia.

“UPSI akan membantu The World Bank melengkapkan laporan mengenai kanak-kanak dan pusat asuhan di samping penyelidikan kuantitatif tentang penentuan akses awal pendidikan kanak-kanak untuk isi rumah berpendapatan rendah berdasarkan data daripada Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) yang dibangunkan NCDRC,” ujarnya.

Sehingga kini, katanya, NCDC berjaya merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat asuhan di Malaysia.

Data yang direkodkan mampu membantu pihak berkepentingan dalam memberi manfaat bukan sahaja kepada aspek asuhan dan perkembangan kanak-kanak, malah melonjakkan ekosistem pendidikan awal usia di Malaysia.

Berdasarkan keperluan untuk memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-kanak di peringkat antarabangsa, Dr Md Amin berkata, kerjasama dengan The World Bank Group bakal mewujudkan kepakaran dua hala bagi memberi manfaat melalui perolehan data yang komprehensif dalam bidang berkenaan.

“NDCRC yang berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pengeluaran produk kanak-kanak, menjadi pilihan yang tepat bagi The World Bank Group dalam mendapatkan maklumat berkaitan gambaran melalui data berkaitan Perkembangan Kanak-kanak, Pusat Asuhan Kanak-Kanak, Pengasuh dan Pengusaha Taska di Malaysia.

“Diharapkan dengan kerjasama melalui penyelidikan ini bakal memberi manfaat kepada UPSI untuk merealisasikan misi NCDRC menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang pertama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak pertama di Malaysia selain meningkatkan lagi penarafan UPSI di persada antarabangsa,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Rekod MBOR, UPSI bina struktur terumbu glob terbesar di dasar laut

Masa depan ragbi wanita UPSI dan UM cerah

Bersungguh minta telekung putih, akhirnya ibu bapa tak sangka itu petanda ajal anak kesayangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok