usim-dan-yayasan-kru2
usim-dan-yayasan-kru2

USIM, Yayasan KRU jalin kerjasama dalam industri kreatif

Adlan Farhan Azwan
10 Mar 2022 11:54am
A
A
A

NILAI – Dalam usaha menyokong keterlibatan industri dengan ahli akademik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment pada pagi ini.

Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, kolaboratif ini akan diterajui di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM untuk berganding bahu bersama syarikat industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua belah pihak.

Baca juga

USIMPrihatin di Kemaman, hulurkan bantuan bagi ringankan beban mangsa banjir

Jalinan kerjasama Universiti UCSI dan UCSI Hospital bersama USIM, pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik

Beliau berkata, pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latar belakang industri kreatif pula dilihat boleh dijalankan secara bersama KRU seperti penerbitan BUKOO iaitu buku digital penyelidikan sains dan teknologi dalam bentuk e-buku, buku audio dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya.

“USIM yang telah mewujudkan platform keusahawanan melalui konsep Prosumerisme di bawah seliaan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) banyak memberi peluang dan inisiatif perniagaan kepada pelajar dalam memulakan perniagaan,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Datuk Norman Abdul Halim dalam ucapannya berkata, pihaknya sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam usaha berganding bahu untuk memartabatkan lagi platform keusahawanan yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza.

Ujarnya lagi, diharapkan penglibatan bersama industri dan ahli akademik akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dari pelbagai segi pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Perjanjian MoU ini merupakan kesinambungan daripada penempatan pensyarah, Dr Safiyyah Ahmad Sabri di KRU melalui program CEO@Faculty anjuran Akademi Kepimpinan Kepimpinan Tinggi (AKEPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang libatsama di antara tenaga akademik dan industri tempatan.

Majlis diteruskan dengan program forum secara dalam talian bertajuk ‘Memperkasakan Contentpreneur di Era Digital’. Ia disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook USIMTV yang memaparkan tiga orang panel jemputan iaitu Ridza, Norman, Safiyyah serta Ketua Pegawai Eksekutif Tv Alhijrah, Namanzee Harris sebagai moderator.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok