HomeIPTBuletin IPTUTeM gerak sukarelawan jayakan misi bantuan pasca banjir di Bentong

UTeM gerak sukarelawan jayakan misi bantuan pasca banjir di Bentong

Menyelami keperitan mangsa banjir, maka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menggerakkan sukarelawan bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir di Bentong, Pahang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata, UTeM sentiasa cakna dan prihatin terhadap mangsa banjir lalu menggerakkan misi bantuan ini.

“Misi ini telah melibatkan seramai 70 penuntut UTeM yang terdiri daripada Kor Suksis, Kelab Fasasi, Tuah Volunteer Team (TVT) dan lima staf Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

“Pasukan sukarelawan UTeM ini telah menggembeling tenaga membersihkan semula Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Bentong yang juga menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan tersebut dengan menempatkan 1,092 mangsa daripada 290 keluarga.

Baca juga Nasihat buat guru baharu…”Jaga komunikasi, jaga adab, Insya-ALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita”

Baca juga 4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya

“Mereka telah mengambil masa selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Januari lalu bagi menyempurnakan kerja-kerja pembersihan di sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dr Sabri turut mengucapkan syabas dan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat kerana bersama-sama menjayakan misi tersebut.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan UTeM merangkap Ketua Misi UTeM ini, Profesor Madya Ts Dr Mohd Sanusi Azmi berkata, antara aktiviti yang telah dilakukan adalah membersihkan makmal komputer dan bilik darjah yang telah rosak sepenuhnya.

Jelasnya lagi, mereka turut membersihkan kantin dan kelas-kelas yang digunakan oleh mangsa banjir seramai 1092 orang di sekolah berkenaan yang turut berfungsi sebagai PPS.

“Diharapkan apa yang telah kami lakukan ini sedikit sebanyak turut melancarkan proses kesediaan ruangan bilik-bilik kelas bagi persediaan sesi persekolahan yang dijangka bermula 10 Januari nanti,” katanya.

Tambah beliau lagi, selama dua harimenjayakan misi bantuan pembersihan itu, mereka turut menyelami emosi dan perasaan mangsa-mangsa banjir yang mengalami kehilangan harta benda sepenuhnya.

“Diharapkan ada lagi pihak-pihak di luar sana yang sudi untuk bersama menghulurkan bantuan atas kapasiti dan keupayaan masing-masing agar kita dapat meredakan keperitan yang mereka tanggung,” katanya.