WhatsApp Image 2022-01-25 at 2.45.45 PM
WhatsApp Image 2022-01-25 at 2.45.45 PM

UTeM jalin kerjasama strategik bersama ZEM: Pelajar dari negara China boleh sambung pengajian Sarjana Muda Teknologi di UTeM

webadmin
25 Jan 2022 05:18pm
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Zhongxing Education Management Co. Ltd, Wuxi (ZEM) menjalin kerjasama strategik dalam bidang pengajian tinggi rantau ini, baru-baru ini.

Kedua-dua pihak memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) untuk melaksanakan kerjasama strategik berimpak selama 10 tahun iaitu dari 2022 hingga 2032 sekaligus mengukuhkan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan China.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir Dr Ghazali Omar berkata, pihaknya gembira kerana jalinan kerjasama antara UTeM dan ZEM ini membuka lembaran bermakna perhebat lanskap pengajian tinggi di negara ini.

Beliau berkata, dengan kerjasama ini maka telah mewujudkan laluan pelajar dari negara China bagi melanjutkan pengajian selama tiga tahun bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi di UTeM.

Katanya, mereka berpeluang untuk melanjutkan pengajian bagi tiga program yang ditawarkan di UTeM iaitu Sarjana Muda Teknologi Internet of Things dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Telekomunikasi dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Pengkomputeran Awan dan Aplikasi dengan Kepujian.

Baca juga 7 strategi yang wajib calon peperiksaan hadam untuk skor SPM 2021

Baca juga Usia muda sudah sambung PhD, Faiq Hazim kongsi dua rahsia yang ramai nak tahu!

Dengan kerjasama ini telah mewujudkan laluan pelajar dari negara China bagi melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Teknologi di UTeM.

Katanya lagi, menerusi kerjasama ini, ketiga-tiga program Teknologi ini akan bermula pada sesi pengajian 2022/2023 dan pengambilan pelajar sekitar 150 orang dari negara China itu, akan menyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti.

“Program ini unik kerana akan menerapkan kurikulum berpacu industri sebanyak 40 peratus yang akan dijalankan dengan penggunaan peralatan makmal dan tenaga pengajar dari industri yang terlibat dalam memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.

"Program ini sekaligus menyerlahkan universiti awam teknikal pertama di Malaysia iaitu UTeM di peringkat antarabangsa sebagai salah satu daya penarik pelajar antarabangsa terutama dari negara China dan di kalangan negara ASEAN,” katanya sewaktu majlis pemetraian MoA antara UTeM dan ZEM di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Profesor Madya Dr Masrullizam Mat Ibrahim, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Profesor Ts Dr Rabiah Ahmad dan Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik, Dr Hyreil Anuar Kasdirin.

Sementara itu di pihak ZEM pula terdiri daripada CEO ZEM, Xu Gaoshan, Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce, Datuk Tan Yew Sing dan Pengarah Asia Pacific Innotech Learning Centre Sdn. Bhd. (APILC), Tan In Fong.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok