download (3)
download (3)

Warga UTeM diseru hayati erti dan tema kemerdekaan ke-65

Roshlawaty Md Raieh
25 Aug 2022 09:32am
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjayakan pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UTeM di Dataran Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, pada Isnin.

Majlis pelancaran yang dianjurkan Pejabat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Canselori dihadiri barisan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan serta bersama sebahagian kakitangan UTeM.

Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, keluarga UTeM sentiasa prihatin dalam memartabatkan kemerdekaan negara kita yang kini berusia 65 tahun.

“Walaupun program yang kita adakan ini ringkas sahaja, namun saya yakin semangat patriotisma dan cintakan negara sentiasa terpahat di dalam hati sanubari masing-masing.

“Oleh itu, besar harapan saya agar warga UTeM akan lebih memahami dan menghayati erti kemerdekaan dan mendalami maksud tema kemerdekaan iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” katanya.

Dr Massila berkata, tema kemerdekaan pada tahun ini sangat bersesuaian dengan konsep kesepaduan yang disematkan dalam kalangan ahli keluarga universiti sekali gus memastikan UTeM berada di persada antarabangsa.

Seterusnya, beliau turut menyeru seluruh warga universiti agar sentiasa bersatu padu dan bersama-sama menggembleng tenaga seperti kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Dalam majlis tersebut, Dr Massila bersama pengurusan tertinggi UTeM mengibar Jalur Gemilang dan turut menampal Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi universiti termasuklah kereta-kereta pegawai pengurusan tertinggi, kenderaan rasmi Pejabat Keselamatan dan ambulans Pusat Kesihatan UTeM.

Kempen Kibar Jalur Gemilang ini merupakan antara program daripada beberapa siri aktiviti patriotik dan kenegaraan yang diadakan di UTeM sempena sambutan kemerdekaan 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Artikel berkaitan 

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 

UTeM jayakan projek komuniti bangunkan Sudut Hikmah di masjid

Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka?


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok