Universiti tempatan ‘turun padang’ bantu individu berminat dalam bidang keusahawan teknikal
Universiti tempatan ‘turun padang’ bantu individu berminat dalam bidang keusahawan teknikal

UTeM turun padang bantu individu berminat dalam keusahawan teknikal

Roshlawaty Md Raieh
23 Sep 2022 03:39pm
A
A
A

Menceburi bidang keusahawan teknikal bukan semudah yang disangka. Ini kerana, seseorang itu perlu mendapat pendedahan tertentu daripada mereka yang pakar sebelum menceburi bidang tersebut.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), salah sebuah universiti yang menjadi pelopor bidang keusahawanan teknikal mengambil inisiatif terbaik dengan menganjurkan Konvensyen Keusahawan Teknikal Wanita (WTC) 2022, baru-baru ini.

Dengan bertemakan ‘Usahawan Teknikal Wanita: Penjana Kemakmuran’, konvensyen yang berlangsung selama dua hari di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM itu bertujuan membantu golongan wanita mendapat pendedahan mendalam mengenai bidang keusahawan teknikal.

Pengarah Program WTC 2022, Ts Dr Suriati Akmal berkata, program ini julung kali diadakan dan ia mendapat sambutan yang cukup baik daripada orang ramai.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung dan antara yang mendapat perhatian adalah bengkel latihan keusahawanan; bengkel tatarias diri; forum meja bulat; ekspo pameran keusahawan dan inovasi; karnival serta aktiviti keusahawan.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin menjelaskan, UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu sentiasa prihatin dan turut menjadi ejen kepada inisiatif dan mekanisme ke arah membawa pembangunan kepada seluruh kaum wanita.

Artikel berkaitan 

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 

Jalinan kerjasama UTeM dan AMIC terokai teknologi aeroangkasa dunia

Warga UTeM diseru hayati erti dan tema kemerdekaan ke-65


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok