Barangan kitar semula yang dikumpul oleh warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (1)
Barangan kitar semula yang dikumpul oleh warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (1)

UTHM kampus Pagoh sambut Hari Alam Sekitar 2021

webadmin
29 Dec 2021 12:55pm
A
A
A

PAGOH - Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Negara yang jatuh pada 21 Oktober setiap tahun, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM) telah menganjurkan Hari Alam Sekitar@UTHM-KCP 2021 pada 12 hingga 23 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Program, Dr. Roslinda Ali, beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang HAS@UTHM-KCP 2021 berlangsung.

Tutur beliau, aktiviti pertama yang bermula pada 12 hingga 22 Oktober lalu menuntut warga kampus untuk menghantar poster mereka menjalankan aktiviti seharian tanpa melibatkan penggunaan plastik.

“Kempen bebas plastik ini adalah sebagai langkah awal untuk memberi pendedahan kepada warga kampus mengurangkan kebergantungan mereka terhadap penggunaan plastik dalam aktiviti seharian.

“Poster-poster yang terpilih dijadikan tayangan video bagi tujuan pendidikan dan kesedaran,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti kedua, Hari Kitar Semula @UTHM Pagoh 2.0 bersama SWM telah berlangsung pada 21 Oktober lalu.

Melalui aktiviti ini, barangan kitar semula yang dikumpul oleh warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) telah dikutip untuk dikitar semula.

Selain itu, satu taklimat mengenai amalan bebas plastik turut diberikan kepada para peniaga di kafeteria kampus dan kolej kediaman UTHM Pagoh.

Melalui taklimat tersebut, peniaga-peniaga telah diberikan risalah dan penerangan bagaimana untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa menggunakan plastik.

Sementara itu, kempen amalan pengurusan sisa dengan kaedah yang betul dan amalan 3R turut diuar-uarkan kepada penduduk komuniti di Panchor, Muar, melalui program Sembang Santai Bersama Komuniti.

Wakil dari SWM, Muhamad Bakhtiar Azni telah memberikan taklimat berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar diikuti dengan demonstrasi ringkas oleh Dr. Roslinda Ali dari FTK tentang pengasingan sisa dengan kaedah yang betul.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok