Untitled design (32)
Untitled design (32)

UUM, Sinar Bestari jayakan program ONCE

Azleenda Sahaludin
21 Dec 2022 05:39pm
A
A
A

Kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini dilihat semakin berkembang pesat di seluruh dunia sebagai medium perantara mempermudah, mempercepat dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam proses menyampaikan maklumat.

Pengaruh teknologi itu dilihat dapat membantu golongan pelajar terutamanya untuk memperoleh maklumat isu semasa dan sebagai medium mengembangkan bakat terpendam dengan kewujudan aplikasi-aplikasi baharu di pasaran.

Melihat kepentingan tersebut, Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Kokurikulum UUM telah menganjurkan program On Campus Community Engagement (ONCE) bertajuk Aplikasi Komunikasi Dalam Seni dan Media yang mendapat sentuhan Sinar Bestari.

Pengarah Projek ONCE, Aiman Zafran Nor berkata, program tersebut amat mengalu-alukan kehadiran Sinar Bestari sebagai penceramah jemputan pada sesi perkongsian ilmu berkaitan aplikasi komunikasi dalam seni dan media kepada para pelajar.

Dia menambah, pihak Sinar Bestari berjaya memberi pendedahan sekali gus membuka mata dan minda pelajar berkenaan kemajuan teknologi hari ini.

"Ia sekali gus dapat membantu para pelajar ini mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

"Program tersebut berjalan dengan lancar malah memberi pendedahan berhubung pelbagai ilmu baharu hasil perkongsian pihak Sinar Bestari," katanya ketika ditemui di Dewan Kuliah Gugusan (DKG 3/1), UUM, Sintok, Kedah baru-baru ini.

Aiman Zafran menjelaskan, perkongsian ilmu berkenaan memberi manfaat dan perspektif baharu terutama penggunaan aplikasi seperti media sosial.

Katanya, aplikasi itu tidak terhad kepada penggunaan bersosial sahaja tetapi mampu menjadi medium mengembangkan bakat terpendam para pelajar.

Program yang berlangsung selama empat jam itu melibatkan seramai 984 pelajar terdiri daripada pelbagai jurusan dan jurulatih di bawah Pusat Kokurikulum UUM.

Editor Sinar Bestari, Mariatul Qatiah memberi pendedehan kepada pelajar UUM.

Wartawan Sinar Bestari, Adlan Farhan berkongsi ilmu kepada pelajar UUM.

Editor Sinar Bestari, Mariatul Qatiah Zakaria telah menyampaikan ceramah berhubung aplikasi komunikasi manakala wartawan Sinar Bestari, Adlan Farhan Azwan berkongsi tentang penggunaan media sosial lebih efektif.

 

Program berkenaan turut membuka sesi soal jawab antara para peserta dan penceramah-penceramah Sinar Bestari.

Jurulatih Pusat Kokurikulum UUM memberi penerangan kepada edtior Sinar Bestari.

Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik lain termasuk pameran seni khat dan seni lukisan daripada para pelajar di ruang foyer dewan terbabit.

Program ONCE dirasmikan Penyelaras Unit Seni dan Kreativiti Pusat Kokurikulum UUM, Shafinaz Ahmad.

Artikel berkaitan

Tempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai Naib Canselor UUM dipendekkan

Pelajar UUM luah rasa syukur dan gembira terima PerantiSiswa

Majlis Profesor UUM promosi gaya hidup sihat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok