HomeIPTBuletin IPTTempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai Naib Canselor UUM dipendekkan

Tempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai Naib Canselor UUM dipendekkan

Tempoh perkhidmatan Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kesembilan dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kementerian itu amat menghargai khidmat Hail Hilman, 49, sepanjang menggalas tanggungjawab sejak dilantik mengemudi UUM pada 17 Januari lalu.

“Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hail Hilman atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau,” menurut kenyataan itu.

Sebelum memegang jawatan tersebut, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti yang sama pada tahun 2020.

Hail Hilman merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Di samping itu, Haim Hilman turut memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Pengurusan Strategik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010.

Artikel berkaitan

Pendidik perlu jadi suri teladan kepada pelajar – Haim Hilman

Noradlie jadikan kegigihan banduan sebagai inspirasi sambung pengajian di UUM

Mohamad Kadim dilantik semula Naib Canselor UNIMAS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok