Screenshot (20)
Screenshot (20)

(VIDEO) Tidak susah sebenarnya, Dr Rafeah kongsi langkah mudah membuat ulasan artikel jurnal

Adlan Farhan Azwan
09 Dec 2021 02:20pm
A
A
A

Dalam membuat ulasan artikel jurnal, perkara yang amat penting ialah mengemukakan penilaian secara kritis terhadap hujahan yang diberikan oleh penulis dalam sesebuah penulisan jurnal.

Hampir kesemua subjek di Institut Pengajian Tinggi (IPT) memerlukan pelajar untuk membuat ulasan artikel berdasarkan penulisan berkaitan dengan subjek tersebut. 

Rata-rata pelajar mempunyai masalah untuk memahami konsep ulasan artikel dan susah untuk melaksanakan tugasan tersebut. 

Jangan risau, Professor Dr Rafeah Wahi dari Universiti Malaysia Sarawak yang aktif di laman Tiktoknya, @rafeahwahi telah berkongsi cara penulisan ulasan artikel yang mudah difahami.

[embed]https://www.tiktok.com/@rafeahwahi/video/7038567209970453786?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7034399034081101313[/embed]

Langkah Pertama

Baca dan fahami artikel yang diberikan. 

Langkah Kedua

Cuba menjawab soalan-soalan di bawah berdasarkan artikel yang anda telah baca.

 

Langkah Ketiga

Bahagikan ulasan artikel anda kepada tiga bahagian iaitu:

  • Pengenalan/Ringkasan artikel

Bagi bahagian pengenalan atau ringkasan artikel, anda boleh memasukkan jawapan kepada soalan-soalan seperti objektif, teori, konsep, hujah, kaedah dan bukti. Anda juga boleh memasukkan jawapan kepada soalan lain jika anda rasa ia releven di dalam bahagian pengenalan.

  • Ulasan kritis

Bagi bahagian ulasan kritis, anda perlu menyatakan sama ada penulis menunjukkan bukti yang cukup atau hujah bagi menyokong dapatan kajian penulis artikel asal. Jika tiada, nyatakan apakah aspek yang kurang serta memasukkan bukti dan teori bagi menyokong kenyataan anda. Anda juga boleh mengambil petikan daripada mana-mana sumber sahih yang berkaitan ke dalam penulisan ulasan artikel anda.

  • Kesimpulan ulasan

Bagi bahagian kesimpulan, anda boleh memberi penilaian peribadi tentang keseluruhan artikel yang anda baca.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat oleh Dr Rafeah tentang bagaimana menulis ulasan artikel. Jika anda mempunyai sebarang  soalan, boleh ke laman TikTok beliau di sini untuk memberikan komen anda.

Sumber: TikTok @rafeahwahi

Artikel berkaitan 

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Netizen terharu lihat kesungguhan pelajar OKU penglihatan tekun belajar guna tongkat di TikTok

Tiktok salah satu terapi untuk pelajar, aplikasi dalam talian terkini pilihan anak muda hari ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok