10 aplikasi gimnastik
10 aplikasi gimnastik

10 aplikasi menarik sebagai panduan peminat gimnastik

Norliza WasilanNorliza Wasilan
01 Nov 2022 12:01pm

Sukan ini cukup diminati semua lapisan masyarakat disebabkan kebolehan gimnas berpengalaman melakukan aksi sukar dan mendebarkan.

Sukan ini tentunya memerlukan jurulatih berpengalaman untuk mengajar gimnas ataupun pemula yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang ini.

Bagaimanapun tidak semua orang berminat atau mampu mengambil kelas secara fizikal untuk belajar.

Barangkali disebabkan kekangan masa akibat tuntutan kerja atau faktor lain yang menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk mengikuti kelas gimnastik.

Namun, apabila dunia hari ini semakin mudah dengan adanya capaian internet yang baik, anda boleh melihat pelbagai aplikasi hanya dalam telefon pintar masing-masing.

Pelbagai aplikasi ditawarkan secara dalam talian dan ini termasuklah aplikasi untuk sukan gimnastik.

Menerusi aplikasi yang ada ini, anda boleh menjadikannya sebagai panduan untuk melakukannya di rumah selain mendapatkan bimbingan jurulatih bertauliah jika mahu melakukan gerakan yang sukar.

Ini kerana, terdapat aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit hanya sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum melakukannya bersama jurulatih berkelayakan.

Untuk itu kali ini Sinar Bestari sediakan 10 aplikasi menarik yang anda boleh lihat.

  1. Home workouts and Gymnastics

Aplikasi ini memuatkan 46 jenis senaman untuk regangan dan kekuatan mengikut tahap kesukaran yang berbeza.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan video, audio, arahan bertulis dan cadangan sebagai salah satu cara atau panduan untuk anda melakukannya di rumah. Antara yang turut dimuatkan dalam aplikasi ini ialah sistem pengukuran yang akan membantu anda memeriksa parameter badan dan perubahannya.

Oleh itu, ambillah peluang selama 30 hari untuk melakukan senaman yang dicadangkan di rumah dan lihat hasilnya. Turut dimuatkan empat program latihan di rumah yang akan membolehkan anda melakukan senaman membabitkan kekuatan otot, meningkatkan ketahanan dan fleksibiliti badan.

2) RG Diary: Rhythmic Gymnastics

Menerusi aplikasi ini, anda akan didedahkan dengan cara untuk meningkatkan kemahiran seperti kekuatan, fleksibiliti, ketangkasan dan koordinasi badan.

3) Learn Rhythmic Gymnastics

Apa yang menarik mengenai aplikasi ini ialah ia turut memuatkan tutorial gimnastik berirama untuk anda yang baru hendak bermula dalam sukan ini.

Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kelas kepada pemula untuk belajar pergerakan akrobatik.

4) Gymnastics Moves Guide

Gunakanlah aplikasi ini sebagai panduan untuk membantu meningkatkan kemahiran gimnastik seperti yang diajar oleh jurulatih berpengalaman. Anda juga boleh belajar menguasai kemahiran asas gimnastik secara berperingkat seperti yang dicadangkan.

Namun, harus diingat bahawa jika anda mahu melakukan sebarang latihan haruslah dibimbing oleh jurulatih berkelayakan.

5) Olympia Gymnastics

Aplikasi ini menawarkan pelbagai program untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia 18 bulan. Program ini juga sesuai untuk diikuti semua lapisan umur termasuklah kanak-kanak pra sekolah, sekolah biasa dan juga kumpulan gimnastik.

Bagi program membabitkan pelajar pra sekolah, ia boleh bermula seawal umur 18 bulan sehinggalah mereka masuk sekolah rendah.

6) Gymnastics - Strenght and Condit

Latihan yang direka dalam aplikasi ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan dan kemampuan dalam gimnastik.

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan pelbagai gaya senaman untuk membantu anda terus memperbaiki diri, pada masa sama menjadikannya pengalaman menyeronokkan.

7) Gymnastics at Home

Anda boleh belajar mengenai ratusan kemahiran menarik yang terdapat di dalam aplikasi ini. Anda juga boleh belajar kemahiran gimnastik menerusi video tutorial yang disediakan bagi memudahkan proses pembelajaran.

Aplikasi ini juga direka khas bercirikan mesra dan selamat kanak-kanak selain memuatkan perkongsian untuk membantu proses pembelajaran serta kemahiran gimnastik di rumah.

8) Gymnastics Training

Perkara menarik mengenai aplikasi ini ialah ia sangat sesuai untuk anda yang baru hendak bermula dalam gimnastik.

Anda juga boleh belajar cara melakukan gerakan untuk acara seperti kekuda berpelana, palang sejajar, palang bertingkat dan batang titian.

9) 3D Gym Women

Aplikasi ini direka untuk membantu jurulatih, gimnas, hakim dan komuniti gimnas memahami sepenuhnya mengenai elemen gimnastik.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dan manfaatkan 23 kemahiran gimnastik yang disediakan.

Lebih menarik, paparan video yang disediakan akan membantu anda untuk lebih memahami teknik dan kemahiran sebagai gimnas.

10) Learn Rhythmic Gymnastics Easy

Anda boleh belajar gimnastik artistik mengikut peringkat menerusi video dan senaman secara dalam talian yang disediakan sebagai latihan di rumah.

Artikel berkaitan 

7 aplikasi belajar bahasa Arab

5 aplikasi permainan boling

9 aplikasi permainan ragbi, jom kita baca


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan