OKU-LEDANG-SINARBESTARI-2022 (2)
OKU-LEDANG-SINARBESTARI-2022 (2)

118 MBPK teroka Taman Negara Johor Gunung Ledang

nadzarul.amir
08 Dec 2022 03:10pm
A
A
A

Taman Negara Johor Gunung Ledang yang terletak di Johor merupakan salah satu destinasi pendakian popular di negara ini.

Dengan ketinggian 1,276 meter, destinasi pelancongan berkenaan menerima kunjungan pelawat antara 15,000 ke 20,000 orang setiap tahun yang terlibat dalam aktiviti pendakian gunung.

Menyedari khazanah flora dan fauna yang terdapat di Taman Negara itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor telah menganjurkan program Never Walk Alone sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia.

Seramai 118 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) seluruh daerah Tangkak berpeluang meneroka flora dan fauna di Taman Negara Johor Gunung Ledang baru-baru ini.

Taufik (duduk tengah depan) bersama sebahagian peserta program Never Walk Alone di Taman Negara Johor Gunung Ledang baru-baru ini.

Murid-murid tersebut ditemani 100 orang dewasa yang terdiri daripada para pegawai pendidikan, guru pendidikan khas dan ibu bapa telah menyertai Fun Walk sejauh 1.5 kilometer (km) dan Fun Run (5 km) dalam program berkenaan.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar berkata, program berkenaan bertujuan menghargai keberadaan golongan OKU serta memberi pendedahan kepada keindahan alam semula jadi yang ditawarkan Taman Negara Johor Gunung Ledang.

Tambah beliau, ia juga dapat memupuk kesedaran penerimaan golongan OKU dalam masyarakat.

“Perbadanan Taman Negara Johor sentiasa menyokong segala usaha yang memberikan manfaat kepada golongan OKU.

“Bahkan, sangat hargai kesudian PPD Tangkak memilih Taman Negara Johor Gunung Ledang sebagai lokasi acara sambutan,” ujarnya.

Melalui program berkenaan, para guru pengiring memberi penerangan kepada MBPK sepanjang laluan berkenaan khazanah biodiversiti dan kawasan perlindungan penting untuk hidupan liar.

Artikel berkaitan

Suka duka kehidupan 3 graduan OKU yang ramai tidak tahu

OKU bukan penghalang capai kejayaan

PRU15: Peringatan penting kepada pengundi baharu esok! Jangan lupa bawa dokumen ini untuk mengundi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan