PRU15: Peringatan penting kepada pengundi baharu esok! Jangan lupa bawa dokumen ini untuk mengundi
PRU15: Peringatan penting kepada pengundi baharu esok! Jangan lupa bawa dokumen ini untuk mengundi

PRU15: Peringatan penting kepada pengundi baharu esok! Jangan lupa bawa dokumen ini untuk mengundi

Roshlawaty Md Raieh
18 Nov 2022 04:13pm
A
A
A

Esok tibalah masanya untuk rakyat Malaysia membuang undi di pusat pengundian yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Pada ketika ini, tentunya masing-masing terutamanya pengundi baharu yang pertama kali mengundi melahirkan keterujaan dan tidak sabar memilih pemimpin yang layak untuk mentadbir Malaysia.

Dalam kesibukan pengundi muda berusia 18 tahun hingga 21 tahun berbicara tentang pemimpin negara, ada satu perkara penting yang wajib diberi perhatian oleh anak-anak muda ini iaitu memastikan kad pengenalan atau MyKad sentiasa ada disamping mereka.

Namun begitu, bagaimana pula halnya jika ada antara Undi18 dan juga guru berhadapan dengan kehilangan MyKad?

Adakah mereka tidak layak untuk mengundi dek ketiadaan MyKad?

Kepada Undi18 dan yang lain-lain, usah risau dan panik dengan situasi ketiadaan dokumen penting anda itu.

Ini kerana, SPR menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik hantaran berkenaan isu MyKad dengan solusi kepada perkara tersebut.

"Alamak macam mana ni...terlupa bawa kad pengenalan! Takkan nak kena patah balik rumah semula???"

“Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi,” tulis SPR di Facebook rasminya.

Sehubungan itu, Sinar Bestari senaraikan dokumen penting yang boleh menggantikan MyKad semasa mengundi berdasarkan maklumat daripada SPR.

Dokumen-dokumen itu terdiri daripada pasport; lesen memandu; dokumen pengenalan sementara (JPN. KPPK09) dan resit laporan kehilangan kad pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara).

Dengan perkongsian SPR ini, diharapkan semua pengundi baharu tidak lagi bimbang dan risau untuk pergi mengundi nanti.

Selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!

Artikel berkaitan 

Hebat produk UM! Berjaya lahirkan 3 alumni yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia

PRU15: SPR kongsi langkah semakan masa mengundi dan keluar mengundi digalakkan

PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan