Flag-Palau
Flag-Palau

5 negara yang mempunyai populasi paling kecil di dunia

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Dec 2021 04:32pm
A
A
A

Di Malaysia, negeri paling kurang populasi pastinya negeri Perlis sehingga ada gurauan daripada netizen bahawa negeri perlis hanya ada dua atau tiga orang saja.

Namun tahukah anda sebenarnya Perlis mempunyai populasi sebanyak 254,400 orang! Jangan hairan jika jumlah itu dikira sebagai tinggi kerana terdapat beberapa negara lain di dunia yang lebih sedikit populasinya berbanding Perlis.

Kali ini GPSBestari senaraikan lima negara yang mempunyai populasi kurang daripada 35,000 orang.

1. San Marino

Populasi: 33,938

San Marino merupakan sebuah negara yang hanya berjiran dengan satu negara iaitu Itali. Negara ini mempunyai landskap dan gunung yang menakjubkan. Selain itu, San Marino juga merupakan negara tertua di dunia.

BACA JUGA: Jom kenali negara-negara paling muda di dunia

BACA JUGA: Ketahui 6 negara yang paling kecil di dunia

2. Palau

Populasi: 18,092

Palau yang memiliki ibu negara dinamakan Ngerulmud ini terdiri daripada 340 pulau. Ini bermakna jika anda membahagikan populasi secara sama rata antara pulau, setiap satu akan mempunyai 53 orang. Namun begitu, walaupun terdapat banyak kepulauan, kebanyakan tidak boleh didiami.

IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram

Negara ini juga merupakan antara tempat percutian yang bagus untuk dikunjungi kerana terdapat banyak pemandangan yang menakjubkan.

3. Nauru

Populasi: 10,834

Nauru sering dianggap sebagai salah satu negara paling terpencil di dunia. Ia pernah dikenali sebagai Pulau Pleasant dan sangat terpencil sehinggakan jirannya yang terdekat ialah Pulau Banaba terletak sejauh 300 kilometer.

4. Tuvalu

Penduduk: 11,792

Tuvalu merupakan sebuah negara yang berpangkalan di Lautan Pasifik, namun ia tidak begitu terpencil jika dibandingkan dengan Nauru. Ia terletak di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia.

BACA JUGA: PU Riz tabik peranan guru, akui tugas mereka tidak mudah

BACA JUGA: Pertandingan robotik tarik peserta muda

Negara ini mempunyai sukan kebangsaan tradisional yang dipanggil 'kilikiti', seakan-akan dengan kriket. Ratu Elizabeth II masih menjadi raja yang memerintah dan bendera British masih kelihatan di sudut kiri atas bendera rasmi Tuvalu.

5. Vatican City

Populasi: 801

Negara ini terkenal disebabkan tempat kediaman The Pope. Vatican CIty juga merupakan negara terkecil di dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun begitu, walaupun mempunyai penduduk yang sedikit, hari-hari di negara Katolik ini sentiasa sibuk dengan kedatangan pelancong yang melawat Dataran St Peter, Gereja Kecil Sistine dan muzium-muzium di negara itu.

Semoga perkongsian ini menambah pengetahuan anda tentang negara-negara di dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan