young-female-upset-over-cyberbullying
young-female-upset-over-cyberbullying

Buli siber di kalangan kanak-kanak catat penurunan 3% - kajian Digi

Mohd Khairi Mohamad Yusri
25 Nov 2021 09:45am
A
A
A

Masalah buli tidak kira sama ada secara fizikal mahupun digital, sering kali memberikan gangguan emosi kepada mangsanya, terutamanya kanak-kanak malah kesan tersebut mungkin akan berlarutan sehingga mereka meningkat dewasa.

Semasa pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, mungkin ramai yang beranggapan masalah buli siber ini akan meningkat dek kerana semua orang terpaksa duduk di rumah.

Namun begitu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Digi mendapati hanya 5 peratus kanak-kanak mengalami buli dalam talian sejak pandemik, berbanding 8 peratus sebelumnya.

BACA JUGA: Keluarga antara faktor dorong individu menjadi pembuli

BACA JUGA: Bukan kali pertama, ini 4 kes buli sehingga menyebabkan kematian yang pernah berlaku di Malaysia

Perkara ini dibentangkan oleh Digi melalui hasil kaji selidik bersama Universiti Sunway, melibatkan seramai 1,746 pelajar berumur bawah 21 tahun di seluruh negara yang dijalankan bermula dari Ogos hingga September 2021 yang lalu.

Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling, berkata hasil penyelidikan ini akan membimbing inisiatif Digi pada masa akan datang untuk menambahbaik kesejahteraan digital belia memandangkan penggunaan digital kini merupakan tunjang utama dalam kehidupan mereka.

“Sebagai penyedia perkhidmatan digital, Digi mempunyai tanggungjawab untuk mengenal pasti risiko dan bahaya digital yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak dalam talian serta melindungi mereka.

BACA JUGA: 152 pelajar keracunan makanan, kantin sekolah diarah tutup

BACA JUGA: Jom kenali jenis-jenis server komputer

“Oleh itu, kaji selidik ini memberi peluang untuk memupuk kemahiran masa hadapan dan mengadakan lebih banyak program mengenai pembinaan kapasiti kanak-kanak supaya dapat meningkatkan daya tahan digital mereka serta menggalakkan penyertaan digital,” ujarnya.

Menurut Philip lagi, usaha ini adalah bagi mengukuhkan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan kesejahteraan digital kanak-kanak.

“Hasil kaji selidik ini menekankan keperluan untuk lebih banyak kerjasama dilakukan dengan pihak yang berkongsi matlamat sama untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih kondusif, selamat dan sihat untuk anak-anak kita.

“Dalam usaha meneruskan advokasi ini, kami mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi untuk turut serta bagi memaksimumkan impak positif kepada masyarakat,” tuturnya.

Ringkasan kaji selidik tersebut boleh dilihat dibawah;

Kaji selidik mendedahkan cara kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa dalam talian.

Kaji selidik mendapati 71 peratus kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa skrin sejak pandemik, dengan 89 peratus kanak-kanak menggunakan telefon pintar untuk melayari internet manakala 36 peratus responden menggunakan komputer riba dan hanya 22 peratus menggunakan komputer meja.

Responden yang lebih muda telah melaporkan bahawa mereka menghabiskan sebahagian besar masa untuk e-pembelajaran manakala kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas mula meluangkan lebih banyak masa melayari media sosial dan platform penstriman video untuk berhubung dengan rakan mereka di samping mengikuti trend terkini.

Peningkatan kesedaran terhadap buli siber.

Meskipun 61 peratus responden bersetuju bahawa buli siber masih merupakan isu besar yang dihadapi, kaji selidik menunjukkan buli dalam talian telah berkurangan sedikit – 8 peratus responden mengalami buli siber sebelum pandemik, tetapi hanya 5 peratus mengatakan mereka mengalami buli siber sejak pandemik bermula. 50 peratus daripadanya melaporkan mereka menghadapi buli dalam talian sekurang-kurangnya sekali seminggu, terutamanya daripada media sosial dan platform pemesejan.

IKUTI GPSBestari di twitter dan facebook

Hanya 42 peratus mengatakan bahawa mereka telah menerima beberapa bentuk bimbingan untuk melindungi diri daripada buli dalam talian, terutamanya daripada ibu bapa, penjaga atau inisiatif yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Sementara itu, 80 peratus kanak-kanak bawah 10 tahun melaporkan bahawa mereka tidak menerima sebarang bentuk latihan perlindungan buli siber. Hal ini menekankan akan keperluan kolaboratif yang lebih bersepadu oleh kerajaan, industri, penjaga, warga pendidik dan ibu bapa untuk meningkatkan inisiatif melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian dengan lebih baik.

Kesejahteraan mental kanak-kanak semasa pandemik.

Meskipun kaji selidik melaporkan bahawa secara amnya, pelajar sekolah di Malaysia menghargai lebihan masa bersama keluarga semasa pandemik ini, namun masih terdapat sentimen negatif dalam kalangan mereka kerana kebanyakan kanak-kanak tidak dapat bersosial dengan rakan mereka di sekolah, terutamanya kanak-kanak yang lebih matang dan mereka yang berada di kawasan luar bandar pantai Timur dan di Timur Malaysia.

46 peratus responden telah mempelajari perkara baharu dalam talian secara aktif melalui platform seperti YouTube dan kelas dalam talian, walaupun mereka berpendapat kelas tersebut perlu dipendekkan dan dijadikan lebih produktif untuk menggalakkan kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Di samping itu, apabila ditanya mengenai perasaan mereka sepanjang pandemik secara amnya, hampir separuh daripada responden menyatakan mereka tidak dapat merasai perasaan positif dalam hidup, dengan 44 peratus daripadanya mengalami gejala kemurungan yang ringan hingga sangat teruk, seperti yang ditakrifkan mengikut Ujian Saringan Minda Sihat (Depression Anxiety Stress Scale - DASS).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan