beazy-toX2sYnycCw-unsplash (1)
beazy-toX2sYnycCw-unsplash (1)

Cikgu-cikgu suka tidur dalam keadaan lampu yang menyala? Jangan, ini bahaya yang menanti…

Mohd Khairi Mohamad Yusri
22 Dec 2021 11:55am
A
A
A

Tidur dengan lampu yang menyala bukanlah satu senario baharu dalam kalangan masyarakat hari ini kerana selain memudahkan pergerakan apabila terjaga di tengah malam, ia juga menenangkan anak-anak kecil yang takut tidur di dalam gelap.

Jika kita sudah terbiasa dengan situasi ini, mungkin merasakan ia sesuatu yang biasa, tetapi tahukah anda perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan badan?

Di sini Sinar Bestari menyenaraikan antara bahaya-bahaya yang menanti jika seseorang tidur dalam keadaan lampu yang menyala.

1. Ia boleh membahayakan kesihatan reproduktif anda

Satu kajian mendapati bahawa pendedahan kepada cahaya ketika tidur boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan. Terdapat sebuah eksperimen yang dijalankan ke atas tikus betina yang tidur dengan lampu menyala pada waktu malam lebih berkemungkinan tidak subur. Ia juga dipercayai bahawa irama sirkadian (jam dalaman badan) mempengaruhi masa proses pembiakan pada wanita. Satu lagi kajian memantau jururawat yang bekerja syif malam dan kesan pendedahan cahaya waktu malam mendapati kebanyakan jururawat mengadu kitaran haid mereka terganggu.

2. Ia boleh menyebabkan masalah berkaitan jantung

Perbuatan tidur di bawah cahaya juga didapati boleh memberi kesan terhadap tekanan darah. Jika anda terdedah kepada cahaya pada waktu malam, pengeluaran melatonin menjadi abnormal. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan ini boleh juga meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

3. Berat badan bertambah

Lebihan cahaya pada waktu malam boleh menjadi punca metabolisme yang perlahan. Selain itu, gangguan tidur dan irama sirkadian turut menyumbang kepada obesiti. Satu kajian yang dilakukan kepada lebih 43,000 responden wanita mendapati individu yang tidur sambil menonton televisyen telah mencatatkan peningkatan berat badan. Perubahan tersebut berlaku tanpa mengira kualiti atau tempoh tidur mereka.

4. Perubahan hormon

Cahaya daripada telefon pintar, televisyen atau komputer menyumbang kepada kekurangan melatonin. Di samping itu, proses biologi lain terganggu. Tidur yang terganggu meningkatkan hormon penuaan dan mengurangkan hormon anti-penuaan.

5. Meningkatkan risiko kemurungan

Satu kajian mendapati pendedahan kepada cahaya pada waktu malam boleh meningkatkan risiko kemurungan. Malah, jika seserorang itu sedang mengalami kemurungan, perkara ini juga akan turut meningkatkan lagi tahap kemurungan tersebut. Menariknya, cahaya merah mempunyai lebih sedikit kesan buruk kerana kita kurang sensitif terhadap panjang gelombang merah. Dalam sesetengah kes, ia juga digunakan untuk merawat rasa sedih.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini, semoga anda mendapat sesuatu darinya.

Sumber: brightside

Artikel berkaitan 

Pelajar hadapi masalah untuk dapatkan tidur yang baik, ikuti 8 langkah mudah ini.

 Susah tidur, cuba cara yang digunakan tentera ini untuk terlelap dalam hanya 2 minit

Tidur singkat di siang hari resepi kejayaan pelajar cemerlang Sarawak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan