mert-kahveci-Rfnljr9AlDk-unsplash
mert-kahveci-Rfnljr9AlDk-unsplash

Pelajar hadapi masalah untuk dapatkan tidur yang baik, ikuti 8 langkah mudah ini.

Adlan Farhan Azwan
30 Dec 2021 01:46pm
A
A
A

Kebanyakan pelajar di Malaysia tidak kira di sekolah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sering menghadapi masalah tidur yang tidak mencukupi.

Pelbagai faktor yang mendorong seseorang pelajar untuk tidur lewat atau tidur yang tidak mencukupi. Antaranya, melengkapkan tugasan sehingga lewat malam, tempat tidur yang kurang selesa dan tahap tekanan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah mudah yang pelajar boleh ikuti bagi mendapatkan tidur yang baik, seterusnya bertambah produktif pada keesokan harinya.

BACA JUGA: Cikgu-cikgu suka tidur dalam keadaan lampu yang menyala? Jangan, ini bahaya yang menanti…

BACA JUGA: Cikgu suka tidur dalam keadaan lapar? Jangan amalkan kerana ini bahaya yang menanti…

1. Mengekalkan jadual bangun dan tidur yang tetap walaupun pada hujung minggu.

Jangan ubah jadual tidur lebih daripada dua jam. Hujung minggu bukan alasan pelajar untuk tidur lewat. Apa yang perlu dilakukan adalah mengekalkan tabiat atau rutin tidur seperti mana hari minggu. Menukar rutin tidur akan mengakibatkan seseorang untuk tidak mendapat tidur yang secukupnya.

2. Hasilkan satu rutin sebelum waktu tidur yang santai.

Rutin berehat sebelum tidur dapat membantu pelajar mengasingkan masa tidur daripada aktiviti harian yang boleh menyebabkan keterujaan, tekanan dan kebimbangan. Contohnya, mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan.

Pastikan anda melakukan perkara santai ini jauh dari cahaya terang, dan jangan lakukan aktiviti yang merangsang minda seperti kerja rumah sebelum tidur.

3. Cipta suasana yang mesra untuk tidur.

Persekitaran yang mesra untuk tidur adalah suasana yang gelap, sejuk, tenang, selesa dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ini mungkin sukar bagi pelajar yang tinggal di asrama, tetapi berikut ialah beberapa cadangan yang boleh membantu:

  • Gantungkan cadar hitam di sekeliling katil anda

  • Labuhkan langsir gelap

  • Gunakan penutup mata dan/atau penyumbat telinga

4. Gunakan katil untuk tidur sekiranya berasa mengantuk sahaja

Jangan rosakkan persekitaran tidur anda. Jika anda cuba tidur semasa tidak mengantuk, anda berkemungkinan tidak akan dapat tidur dan kemudiannya menimbulkan perasaan kecewa kerana tidak dapat tidur di atas katil.

Jika pelajar tidak boleh tidur selepas 15 minit, bangun dan pergi ke bilik lain. Jika berada di asrama, bangun dari katil dan lakukan sesuatu yang tidak mempunyai kaitan dengan tidur, yang boleh mendatangkan ketenangan. Kembali ke katil hanya selepas anda berasa mengantuk.

5. Elakkan membuat kerja di katil

Ini mungkin sukar dilakukan terutama di bilik yang kecil dan tidak mempunyai pilhan lain, tetapi cuba untuk tidak menggunakan katil untuk melakukan kerja rumah atau aktiviti lain yang boleh menyebabkan anda tertekan.6. Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.

6. Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.

Makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa semasa baring di atas katil.

Cuba elakkan makanan berat sebelum tidur dan berhati-hati dengan makanan pedas, kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, yang mungkin menyukarkan pelajar untuk tidur.

7. Sentiasa bersenam

Secara amnya, senaman yang kerap menjadikan ilebih mudah untuk tidur dan boleh meningkatkan kualiti tidur.

Pastikan anda tidak bersenam sejurus sebelum tidur, kerana ini sebenarnya boleh menyukarkan tidur. Cuba selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda tidur.

Ikuti GPSBestari Twitter dan Facebook

8. Elak minum sebarang minuman berkafein

Kafein adalah merupakan perangsang. Ini bermakna ia menyebabkan badan anda lebih aktif. Kafein yang terdapat dalam kopi, teh dan coklat boleh kekal di dalam badan selama tiga hingga lima jam.

Berkemungkinan ia tidak menghalang kualiti tidur anda. Mengelakkan kafein dalam tempoh enam hingga lapan jam sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur.

Sumber: Oregon State University

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok