Debaran esok! PU Rahmat kongsi 10 tip untuk calon SPM 2021
Debaran esok! PU Rahmat kongsi 10 tip untuk calon SPM 2021

Debaran esok! PU Rahmat kongsi 10 tip untuk calon SPM 2021

Roshlawaty Md Raieh
15 Jun 2022 05:33pm
A
A
A

Esok, tibalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021.

Ini kerana, keputusan peperiksaan SPM mereka akan diumumkan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

Sekarang ini, penulis yakin semua calon berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan.

Sama ada cemerlang ataupun tidak, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

Menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU), Rahmat Ikhsan ada memuat naik 10 tip penting bagaimana cara untuk calon mengambil keputusan SPM esok.

Tip-tip tersebut lebih menjurus kepada apa yang perlu pelajar lakukan sebelum tiba dan berada di sekolah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita lihat apa yang dikatakan oleh PU Rahmat ini.

1) Jangan pergi mengambil keputusan dalam keadaan pakaian tidak menutup aurat.

2) Datang awal dan beramah mesra bersama guru-guru kerana mungkin selepas beberapa tahun, pelajar baru dapat ke sekolah semula.

3) Jangan paksa kawan lain berkongsi keputusan peperiksaan mereka. Hormati privasi rakan-rakan lain.

4) Jangan menjerit gembira jika mendapat keputusan cemerlang kerana ia akan menganggu emosi kawan yang lain. Bersyukurlah jika mendapat keputusan cemerlang dan ucap alhamdulillah.

5) Hubungi ibu bapa walau apapun keputusan yang diterima.

6) Jangan perli dan busuk hati pada orang lain.

7) Malam ini tidur awal supaya esok dapat bangun menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

8) Selepas dapat keputusan, terus pulang ke rumah.

9) Kurangkan bergambar. Banyakkan berkongsi kata-kata semangat.

10) Jangan kemas kini keputusan di laman sosial.

Artikel berkaitan 

Peraturan sekolah yang perlu pelajar patuhi. Poin nombor 1 mohon beri perhatian!

Hala tuju pelajar lepasan SPM

(VIDEO) Naib Canselor ‘sporting’, lihat graduan bersilat ketika terima skrol


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan