8DC57829-EBED-47E0-8BE1-80CB357477C3
8DC57829-EBED-47E0-8BE1-80CB357477C3

Derita tulang bengkok 65 darjah… pelajar mohon sumbangan RM80,000, dijangka bedah 18 Oktober ini

Rasyidah Zulkifi
15 Oct 2022 11:19am
A
A
A

Skoliosis merupakan satu keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok, namun ia bukanlah satu penyakit.

Bagaimanapun, kondisi perubatan ini membataskan pergerakan individu berkenaan untuk melakukan aktiviti seharian.

Gejala yang disinonimkan dengan skoliosis ini antaranya, struktur otot menjadi tidak seimbang, penonjolan tulang rusuk hingga membongkok dan sebelah bahu lebih tinggi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Pulau Pinang, Mohamad Andy Hakimi Abdullah, 14, adalah salah seorang penghidap skoliosis.

Dia yang menderita dengan keadaan ini memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan pembedahannya.

Menurutnya, akibat skoliosis, dia yang aktif mewakili pelbagai pertandingan di sekolah mudah berasa penat, tambahan lagi apabila perlu berjalan pada jarak agak jauh.

Andy (berbaju merah) berbincang dengan doktor pakar bersama ibunya, Rashida.

“Saya mahu menyertai aktiviti unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS), tetapi saya telah dinasihatkan supaya tidak menyertainya kerana keadaan saya.

"Saya berharap suatu hari nanti saya boleh berkawad dalam pasukan KRS,” katanya dalam satu sidang media, baru-baru ini.

Sementara itu, ibunya, Rashida M Abdul Gafor, 51, berkata, kos pembedahan anaknya itu menelan belanja sebanyak RM130,000.

“Andy dijadualkan untuk menjalani pembedahan tulang belakangnya pada 18 Oktober ini di Hospital Adventist Pulau Pinang.

“Namun, saya bersyukur kerana pihak hospital membuat pengecualian sebanyak RM50,000 melalui badan kebajikan yang ditubuhkan.

“Bagaimanapun, saya masih kekurangan dana sebanyak RM80,000 untuk pembedahan yang dijangka akan dilaksanakan pada Selasa depan,” ujarnya yang juga suri rumah.

Jelasnya lagi, dia menyedari postur badan anaknya tidak normal tujuh bulan lalu sebelum dirujuk kepada pihak hospital.

Jumlah dana pembedahan yang diperlukan sebelum 18 Oktober ini.

“Saya perasan caranya berjalan agak pelik sedikit sejak Mac dan sehingga kini difahamkan tulang belakang Andy Hakimi bengkok kira-kira 65 darjah.

“Pakar perubatan juga bimbang sekiranya tidak dibedah segera ia akan menghimpit organ dalaman seperti paru-paru, memandangkan sekarang pun dia mula menunjukkan gejala cepat penat,” katanya yang telah merujuk kepada pihak insurans untuk membiaya kos anaknya, namun jawapan yang diterima mendukacitakan.

Sumber: Buletin Mutiara

Artikel berkaitan 

Walau diuji dengan penyakit misteri, Fatini tetap raih 9A SPM, diterima masuk UniMAP

Bekas pesakit kanser otak yang juga huffaz antara penerima geran pendidikan YSD

Berjaya peroleh 9 A dalam SPM 2021 walaupun sakit tulang belakang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan