pelajar spm sakit belakang
pelajar spm sakit belakang

Berjaya peroleh 9 A dalam SPM 2021 walaupun sakit tulang belakang

Adlan Farhan Azwan
18 Jun 2022 01:33pm
A
A
A

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Jeli, Kelantan, Wan Muhammad Akram Zahid, 18, bedepan dengan cabaran menduduki peperiksaan SPM 2021 ketika menderita sakit tulang belakang.

Namun, sakit tulang belakang yang dialami olehnya sejak berusia 16 tahun itu tidak menjadi alasan untuk mencatat kejayaan cemerlang dengan memperoleh 9 A.

Menurut Wan Muhammad yang mengalami prolapsed intervertebral disc, dia sama sekali tidak menyangka mampu mencapai kejayaan itu memandangkan pernah berputus asa untuk meneruskan persekolahan kerana memikirkan terpaksa menyusahkan ibu bapanya, guru dan rakan.

"Saya pernah terfikir apa gunanya belajar bersungguh-sungguh sedangkan saya tidak boleh

bekerja dengan baik disebabkan sakit ini.

"Namun, saya kuatkan semangat dan tidak akan sesekali mengalah kerana ingin membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang sanggup berkorban untuk saya, katanya kepada Bernama di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Anak bongsu daripada empat beradik dan berasal dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan itu berkata, masalah kesihatannya menyebabkan dia tidak boleh duduk di kerusi dan berdiri terlalu lama dalam tempoh 10 minit malah pernah belajar secara meniarap di asrama sekolah.

"Saya pernah tidak hadir ke sekolah selama dua bulan kerana masalah kesihatan ini dan

terpaksa mengikuti kelas tuisyen secara dalam talian supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Wan Muhammad yang bercita-cita menjadi doktor pakar tulang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediakan kerusi khas untuk membolehkannya duduk dengan selesa dan lebih lama ketika proses pembelajaran di dalam kelas.

Artikel berkaitan

Bangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021

Dunia sebenar menanti anda, inilah 8 ingatan mesra buat pelajar lepasan SPM

Hanya belanja RM2 sehari untuk makan, anak berjaya hadiahkan ijazah kepada bapa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok