Hebat produk UM! Berjaya lahirkan 3 alumni yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia
Hebat produk UM! Berjaya lahirkan 3 alumni yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia

Hebat produk UM! Berjaya lahirkan 3 alumni yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia

Roshlawaty Md Raieh
17 Nov 2022 06:45pm
A
A
A

Teka teki siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia bakal terjawab sejurus berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, kita tunggu dan nantikan pada 19 November nanti.

Melihat kepada kehebatan dan kewibawaan tiga tokoh tersebut, pastinya ramai yang ingin mengetahui taraf pendidikan masing-masing.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan latar belakang pendidikan mereka sebagai pengetahuan bersama.

Jom kita baca di mana sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang pernah ketiga-tiga tokoh ini menimba ilmu.

1) Tan Sri Muhyiddin Yassin

- Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor.

- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail, Muar, Johor.

- Melanjutkan pelajaran di Government English School (Sekolah Tinggi Muar, Johor).

- Kemudian, menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM).

- Berkahwin dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

- Pernah berkhidmat sebagai

* Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

* Menteri Besar Johor

- Menjadi Perdana Menteri Kelapan dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

2) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

- Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang.

- Mendapat pendidikan rendah di SK Bangau, Temerloh, Pahang.

- Melanjutkan pelajaran di

* Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang

* Sekolah Menengah Teknik, Kuantan, Pahang

* UM dalam bidang Undang-Undang.

- Berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

- Menjadi Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.

- Pernah berkhidmat sebagai

* Peguam

* Menteri Belia dan Sukan

* Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

3) Datuk Seri Anwar Ibrahim

- Dilahirkan di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

- Mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

- Kemudian, beliau meneruskan pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

- Kemudian, menyambung pengajian dalam jurusan Pengajian Melayu (Sastera) di UM pada tahun 1967.

- Berkahwin dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

- Pernah berkhidmat sebagai

* Menteri Pendidikan ((1986-1991)

* Menteri Kewangan (1991)

* Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993)

Meneliti latar belakang pendidikan mereka, Sinar Bestari melihat terdapat satu persamaan yang ada iaitu ketiga-tiganya merupakan alumni UM.

Wah! Hebat sungguh produk kelahiran UM ini. Semuanya berjaya dan berkepakaran dalam bidang masing-masing.

Tahniah! Dan terima kasih kepada semua cikgu dan pensyarah atas segala didikan, tunjuk ajar dan segala ilmu yang telah dicurahkan buat mereka.

Semoga kalian sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan.

Artikel berkaitan 

Kenali 9 Perdana Menteri Malaysia

Senarai penuh Menteri Pendidikan Malaysia, jom kenali mereka!

Kenali 3 guru aktif di media sosial dengan pengikut yang ramai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan