Mereka inilah wira tak didendang, berjiwa rakyat, berhati luhur dan suka memberi. Terima kasih cikgu
Mereka inilah wira tak didendang, berjiwa rakyat, berhati luhur dan suka memberi. Terima kasih cikgu

Inilah wira tak didendang, berjiwa rakyat, berhati luhur dan suka memberi

webadmin
22 Jun 2021 05:03am
A
A
A

Guru sering digambarkan sebagai sosok tubuh yang paling dihormati dan berwibawa tinggi. Mereka bukan hanya pendidik yang mengajar di sekolah, tetapi juga golongan paling berpengaruh bagi setiap orang.

Tidak hairanlah sesetengahnya sering beranggapan mereka bagaikan wira yang tidak didendang.

Peranan seorang guru itu sungguhlah besar, sanggup berkorban apa sahaja demi mereka yang memerlukan. Bagaikan lilin yang membakar diri, inilah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada  guru-guru berjiwa rakyat ini.

Sebut sahaja nama mereka, siapapun akan bersetuju... peranan dan usaha mereka membantu golongan yang memerlukan menerusi kutipan dana memang tak boleh disangkalkan lagi. Ada sahaja usaha yang dilakukan oleh  golongan pendidik ini.

Inilah mereka, wira tidak didendang...

  1. Cikgu Mohd Fadli Salleh – Cikgu yang diberi gelaran 'Cikgu Korea' atau cikgu MFS  ini adalah antara guru paling berpengaruh di Malaysia. Beliau yang bukan sahaja seorang guru, malah influencer, usahawan, penulis buku dan juga Penaung bagi Dana Kita.
  2. Cikgu Nor Faisal Ishak – Cikgu Nor Faisal dari SK Batu Unjur Klang turut dikenali sebagai Cikgu Pe Chey di muka buku. Beliau tidak kurang hebatnya, bersama Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau hulurkan bantuan menerusi Dana Kita.
  3. Cikgu Mohd Hairi Nonchi – Cikgu Mohd Hairi Nonchi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Arie ni bukan biasa-biasa juga.  Guru yang mengajar di SMK Tungku Lahad Datu ini juga aktif menjalankan usaha-usaha membantu golongan asnaf di Sabah.
  4. Ustaz Fikri Che Hussain - Guru Bahasa Arab, Ustaz Fikri Che Hussain dari SK Temerloh Jaya, Pahang ini dikenali juga sebagai Fikri Alamghiri di Facebook beliau. Bantuan tidak tertumpu kepada murid dan masyarakat asnaf, tetapi juga mangsa-mangsa banjir. Bantuan disumbangkan oleh badan NGO dan beliau akan gerak sendiri bertemu penduduk.
  5. Cikgu Mohamad Sahaimi Zainal – Cikgu Mohamad Sahaimi Zainal atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mie Ubai dari SK Simpai Pekan Pahang, memang terkenal dengan sikapnya yang suka memberi. Bantuannya tidak terhad kepada pelajar, tetapi juga penduduk setempat yang memerlukan. Pokoknya, beliau memang disayangi ramai oleh penduduk setempat.
  6. Ustaz Syed Fazhar Syed Omar – Ustaz Syed Fazhar Syed Omar dari Sekolah Abu Bakar Temerloh juga berjiwa rakyat. Aktif menjalankan aktiviti bantuan dan kemasyarakatan, menyebabkan banyak NGO yang datang untuk mohon beliau bantu agihkan sumbangan, terbaharu, misi banjir di Chenor. Misinya itu mendapat sumbangan daripada Fizo Omar, Nasi Ayam Kak Mala dan juga pendidik berhati luhur dari Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.
  7. Cikgu Muhammad Nazmi Rosli - Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru hebat asal Sarawak tak perlu diperkenalkan lagi. Dia bukan sahaja seorang guru yang kreatif, bahkan luhurnya hati guru muda ini, dapat memberikan senyuman kepada yang lain.

Ini baru sebahagian, Sinar Bestari percaya masih ramai lagi guru-guru berjiwa rakyat di luar sana.

Kami, mewakili seluruh rakyat Malaysia, mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU, Cikgulah wira kami...

Artikel berkaitan

Pelajar cemerlang SPM 2021 terkedu ibu kerja semula untuk biaya pengajian tinggi

Mansuh PT3, KPM perkasa pelaksanaan PBS

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan