“Kalau macam tu, saya tunggu ustazlah. Nak solat berjemaah dengan ustaz"
“Kalau macam tu, saya tunggu ustazlah. Nak solat berjemaah dengan ustaz"

"Jarang jumpa murid berakhlak mulia seperti ini. Bertuah sungguh ibu ayahnya” - Netizen

Roshlawaty Md Raieh
27 Jul 2022 01:35pm
A
A
A

“Moga anak ini terus cemerlang dunia akhirat. Bahagia sungguh ibu ayah yang ada anak terpuji akhlaknya.”

Begitulah antara pandangan ikhlas warganet mengenai kisah seorang murid yang masih berada di surau walaupun ketika itu sesi persekolahan telah pun berakhir.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook Nazri Alkeluangi Che pada 30 Jun lalu ternyata telah menarik perhatian warga maya sehinggakan ramai yang mendoakan murid ini terus menjadi anak yang soleh.

Antara yang turut memberi komen adalah

Nurulfitri Mohamad: Moga anak ini berjaya dunia dan akhirat. Mutakhir ini hendak mencari murid yang mempunyai kualiti akhlak sebegini payah dibandingkan kualiti akademik.

Rodziah Mahmood: Hebat kedua ibu bapanya.

Suria Seremut Ungu: Alhamdulillah...inilah anak-anak yang ingin kita lahirkan Semoga anak ini membesar menjadi insan soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Shimah Shimah: Semoga perjalanan hidup adik ini dipermudahkan.

Rabihah Muhammad: Allahu...jarang-jarang jumpa murid yang berakhlak mulia sekarang ini. Bertuah sungguh ibu ayah dia.

Zamrizal Zakaria: Alhamdulillah, hasil didikan yang baik. Semoga menjadi asbab untuk mendiami jannah.

Sebenarnya, siapa murid ini?

Apa yang telah dilakukan olehnya hingga ramai yang mendoakannya?

Mari luangkan masa hayati apa yang ditulis oleh Ustaz Nazri Mansor dari Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu, Terengganu.

Semoga apa yang dilakukan oleh murid ini dapat dicontohi oleh kita semua. Insya-ALLAH.

*****

‘Malaikat’ kecil

“Eh, ustaz tak balik lagi?” Sapa anak muridku sewaktu aku sedang mengemas barang-barang di surau.

Jam sudah pun 1.30 petang. Tiada kelibat murid-murid lain kerana mereka sudah pulang. Tinggal dia dan beberapa orang murid sahaja lagi yang ada di situ.

Yang lain-lain masih lagi berkeliaran sekitar sekolah sementara menunggu ibu bapa mereka datang menjemput. Hanya dia datang ke surau setelah kedengaran azan di masjid.

“Ustaz dah sembahyang?” Soalannya membuatkan aku terharu. Sejuk rasa dihati. Ya ALLAH...baiknya kamu nak.

“Belum lagi,” ujarku sambil mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan murid sewaktu pembelajaran dalam surau tadi.

“Oh, kalau macam tu, saya tunggu ustazlah. Nak solat berjemaah dengan ustaz.”

Allahurabbi...Pernah tak berlaku kepada anda, bila terjumpa orang yang baik sangat, kita rasa macam nak menangis. Itulah yang berlaku kepadaku.

“Boleh…jap, ustaz ambik wuduk dulu,” kataku sambil terasa kagum sangat dengan anak ini. Lemah lembut orangnya.

Lalu, kami pun solat sama-sama. Selesai solat dia salam dan cium tanganku. Belum sempat aku nak lipat sejadah, cepat-cepat dia ambil sejadah yang aku gunakan.

“Ustaz…biar saya lipat sejadah ustaz.”

Dilipatnya sejadah itu cepat-cepat.

Mataku berkaca. Terus terkenangkan arwah anakandaku. Lebih kurang beginilah tingkah lakunya. Suka membantu.

Aku cuma ada seorang anak lelaki tapi sudah dijemput kembali kepadaNya. Arwah juga selalu membuatkan aku menangis bila terkenang kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Syukur! Adanya anak murid yang menjadi penyejuk hati. Tahniah kepada ibu bapa anak ini.

Semoga terus kekal menjadi anak yang soleh. Insya-ALLAH.

Artikel berkaitan

(VIDEO) Ragam murid tumpahkan air baring atas lantai

Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib

“Ayah, saya datang. Ini ijazah untuk ayah. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi satu masa dahulu”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan