WhatsApp Image 2022-09-19 at 5.15.35 PM
WhatsApp Image 2022-09-19 at 5.15.35 PM

Kejohanan Boling Piala Presiden iGuru eratkan silaturahim sesama warga pendidik

Adlan Farhan Azwan
19 Sep 2022 05:18pm
A
A
A

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) telah menganjurkan Kejohanan Terbuka Boling Piala Presiden iGuru di Ampang Superbowl Summit USJ, Subang Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Program, Cikgu Salasiah Mohd Salleh, tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada para guru menjalankan aktiviti santai seperti bermain boling di samping meraikan sambutan Hari Malaysia.

“Program ini dapat merehatkan minda dan terapi emosi kepada guru-guru yang kita fahami sering terbeban dengan tugas-tugas berat di sekolah.

“Selain itu, penganjuran program yang julung kali diadakan ini juga merupakan salah satu usaha mengurangkan tekanan beban tugas serta bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Presiden iGuru, Mohd Azizee memberi ucapan ketika Kejohanan Boling Piala Presiden iGuru.

Sementara itu, Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan berkata, program sebegini adalah wadah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga guru dan pada masa yang sama mengukuhkan silaturahim antara kesatuan guru.

“Saya berharap agar kejohanan seperti ini menjadi ruang bagi warga guru bertukar-tukar fikiran demi memajukan pendidikan negara.

“Pihak penganjur (iGuru) merancang akan memperluaskan kejohanan ini di peringkat negeri dengan penyertaan yang lebih banyak serta melibatkan ramai lagi rakan media,” jelas beliau.

Seramai 32 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari pelbagai kesatuan guru, kelab, guru sekolah dan wakil- wakil dari media arus perdana.

Antara yang terlibat ialah Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS), Majlis Guru Kaunseling, kelab-kelab guru dan cawangan-cawangan iGuru.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingankan iaitu kategori jemputan terbuka, kategori cawangan dan kategori iGuru Selangor.

Pada kejohanan tersebut, Pitas A telah menduduki tempat pertama bagi kategori iGuru Lelaki dengan 1,804 jatuhan pin manakala Pekdis A (1,592) dan iGuru Selangor masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pemenang tempat ketiga bagi kategori Jemputan Terbuka.

Bagi kategori iGuru Perempuan pula, tempat pertama dimenangi oleh Pekdis C dengan 1,374 jatuhan pin, SMA Maahad Islah iGuru Perak (1,188) di tempat kedua dan tempat ketiga oleh iGuru Selangor dengan jatuhan pin sebanyak 989.

Pemenang Naib Johan bagi kategori iGuru Selangor.

Sementara itu, bagi ketegori iGuru Selangor Lelaki, tempat pertama diraih oleh pasukan Dato Bahaman dengan 1,361 jatuhan pin, pasukan Tok Janggut ditempat kedua (1,3,18) dan pasukan Mat Kilau di tempat ketiga (1,236).

Bagi kategori iGuru Selangor Perempuan pula menyaksikan Tun Fatimah menjadi johan dengan 1,144 jatuhan pin, di tempat kedua oleh pasukan Cik Siti Wan Kembang (983) dan Puteri Gunung Banang (809) di tempat ketiga.

Artikel berkaitan

Pengetua perlu kuasai bidang pendigitalan, ini antara sebab-sebabnya

25 pelajar berjaya tawan Puncak Sapu Tangan dan Tasik Cermin

“Jangan bagi staf kita gementar”, kaedah pentadbir berperanan besar jadikan guru selesa semasa pencerapan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan