photo-1613186420419-868111e7ac07
photo-1613186420419-868111e7ac07

Lakukan 6 perkara ini untuk anak kuasai Bahasa Inggeris. Sangat berkesan!

Roshlawaty Md Raieh
07 Dec 2021 05:16pm
A
A
A

Segelintir rakyat Malaysia sukar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini disebabkan mentaliti mereka yang mengatakan subjek itu susah, mengelirukan dan memeningkan kepala.

Bagaimana untuk kita bantu mereka supaya dapat menguasai subjek berkenaan?

Adakah perlu bermula daripada kecil atau masih sempat untuk belajar bila umur sudah meningkat?

Seorang ibu yang dikenali sebagai Hanis Athirah Rusli menerusi akaun Facebooknya berkata, ada beberapa cara untuk kuasai Bahasa Inggeris.

“Seeloknya perlu dimulakan pada anak-anak yang masih kecil.

“Ia berdasarkan pengalaman sendiri dan keberkesanannya memang menjadi. Justeru, saya kongsikan di sini untuk mak ayah jadikan panduan dalam mendidik anak-anak nanti,” katanya.

Jom tengok, cara ibu ini lakukan terhadap anak-anaknya dalam menguasai Bahasa Inggeris.

*****

Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca Bahasa Inggeris, anak-anak perlu

  • Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf
  • Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik
  • Dilatih untuk ‘blend and segmentise’ perkataan
  • Dibiasakan dengan kata kunci (sight words)
  • Digalakkan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah
  • Mempunyai kesedaran cetakan (print awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama

Faktor ini berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi dan faktor lain seperti kesediaan anak membaca juga memainkan peranan penting supaya anak lebih fokus untuk membaca.

Jadi, untuk anak menguasai enam faktor yang saya ceritakan di atas, saya biasakan lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai Bahasa Inggeris.

1) Biasakan anak dengan buku

Sebelum ajar anak membaca, biasakan lakukan aktiviti bacaan Inggeris bersama anak seperti Read Aloud atau Bedtime Story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul.

Sebagai contoh set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman serta mempunyai perkataan baru diperkenalkan secara beransur-ansur.

2) Aktiviti membaca menyeronokkan

Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain.

Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.

3) Gunakan buku belajar membaca yang berkesan

Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca.

Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal.

Buku I Can Read ini ada tiga saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca.

Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.

4) Gunakan teknik nyanyian untuk mantapkan lagi pemahaman anak-anak

Anak-anak ini biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyikan bersama lagu tersebut. Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. Insya-ALLAH lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik.

5) Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan menulis pengukuhan dan pengayaan

Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka.

Buku latihan yang digunakan perlulah buku yang lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahiran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin. Buku yang saya gunakan juga buku I Can Write terdapat dalam pakej I Can Read ini.

Setiap buku teks mengandungi dua buku Latihan, jadi kebiasaannya selepas aktiviti membaca anak-anak gunakan buku ini untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insya-ALLAH dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

6) Gunakan educational game untuk hiburan yang bermanfaat

Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian tapi dalam bentuk pendidikan untuk berikan anak keseronokan sambil belajar.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

All the best!

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

Artikel berkaitan

Keputusan eGTukar: Para guru kongsi kisah sebak, suka dan duka 

Tetap bersemangat walau serba kekurangan, inilah anak muda yang patut dijadikan contoh!

Keputusan SPM yang menyedihkan, namun ramai terkejut namanya jadi bualan dalam dunia pendidikan. Hebatnya!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok