Maksud di sebalik 6 warna tali pinggang taekwondo, pelajar wajib baca!
Maksud di sebalik 6 warna tali pinggang taekwondo, pelajar wajib baca!

Maksud di sebalik 6 warna tali pinggang taekwondo, pelajar wajib baca!

Roshlawaty Md Raieh
08 Sep 2022 05:30pm
A
A
A

Taekwondo atau Tae Kwon Do (Bahasa Korea) merupakan seni bela diri Korea yang paling terkenal.

Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan.

Taekwondo merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000.

Dalam Bahasa Korea, Tae bermaksud ‘Tendang atau Menendang’, Kwon bermaksud ‘Tumbuk atau Menumbuk’ dan Do bermaksud ‘Cara atau Seni’.

Seterusnya, taekwondo antara seni tempur Korea yang paling bersistematik dan mempunyai elemen saintifik yang tinggi.

Ia bukan sahaja mengajar ahlinya tentang kemahiran tempur secara fizikal tetapi juga mengajar nilai disiplin yang membentuk jati diri pengamalnya.

Pada hari ini, taekwondo telah muncul sebagai badan sukan global yang mendapat reputasi antarabangsa dan berdiri bersama sukan-sukan rasmi lain terutama di Sukan Olimpik.

Malah, ia juga mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri tersebut.

Bagi mengetahui maksud pada setiap warna tali pinggang itu, Sinar Bestari kongsikan di sini sebagai panduan kita bersama. Jom hadam!

1) Putih (Kesucian)

Seseorang yang baru lahir dan baru mengenal Taekwondo atau sebagai dasar dan permulaan.

2) Kuning (Bumi atau Tanah)

Seseorang sudah mulai diberikan pelbagai ilmu dasar Taekwondo.

3) Hijau (Dedaun yang tumbuh)

Seseorang kemampuannya mulai berkembang dan tumbuh.

4) Biru (Langit)

Ilmu yang benar-benar diberikan harus dikuasai, sehingga dapat mengembangkan kembali ilmu-ilmu sedia ada.

5) Merah (Matahari)

Kemampuan dalam menguasai segala bentuk ilmu dan dapat menguasai diri atas segala bentuk emosi yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa.

6) Hitam (Kedewasaan)

Seseorang pada tingkat ini sudah mampu mengawal diri, bertanggungjawab, integriti dan mampu menguasai keadaan lingkungan.

Artikel berkaitan 

Kuasai 6 teknik taekwondo untuk pertahankan diri

Dulu pelajar, kini guru silat. Hebatnya Srikandi MARA ini

Kejayaan kokurikulum tunjang utama kecemerlangan SJKC Puay Chai 2


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan