Manfaat aktiviti selepas sesi persekolahan, Cikgu Nasir ada jawapannya
Manfaat aktiviti selepas sesi persekolahan, Cikgu Nasir ada jawapannya

Manfaat aktiviti selepas sesi persekolahan, Cikgu Nasir ada jawapannya

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
12 Jun 2022 07:28pm

Program selepas sesi persekolahan adalah amat penting sebagai nilai tambah untuk mengembangkan bakat dan potensi individu terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

Aktiviti seumpama ini dapat memberikan pengalaman berharga kepada individu yang menyertainya.

Malah, dengan penyertaan yang mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi dan agensi untuk mempelbagaikan kreativiti, ia pastinya meningkatkan semangat untuk terus menjadi sebagai salah satu daripada semangat bekerjasama sepasukan dan tabah dalam menghadapi cabaran.

Hasil pengalaman dan dapatan daripada perkongsian dan pengayaan yang dilakukan terhadap nilai dengan negara maju yang diperolehi seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, maka adalah amat penting sekali jika sesuatu aktiviti tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang berlandaskan pengetahuan yang telah diwujudkan.

Pengalaman dan kepakaran yang ada adalah untuk diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan terutama yang terdiri daripada kelompok keluarga B40 dan miskin yang tidak berkemampuan.

After School Programme

After School Programme merupakan aktiviti yang menjuruskan kepada aktiviti pembangunan modal insan melalui aktiviti kesukanan, rekreasi dan budaya.

Ia menyediakan ruang dan peluang kepada kanak-kanak dan remaja terlibat secara langsung untuk mendapatkan pembangunan yang sesuai terhadap pengayaan kognitif, kemahiran sosial, pergerakan fizikal dan keseimbangan dalam emosi yang berupaya memberikan keupayaan membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

Penglibatan masyarakat secara langsung berupaya untuk memberikan impak maksima sebagai nilai tambah kepada usaha sedia ada di dalam memastikan modal insan dan manusia yang seimbang melalui aktiviti yang telah difikirkan.

Faedah kesukanan dan rekreasi sangat memberikan kesan yang positif di mana usaha sedemikian akan memberikan masa lapang dan terluang atau senggang dengan aktiviti berfaedah yang dapat memberikan kesedaran terhadap potensi diri sendiri dan orang lain secara langsung.

Ia juga dapat menerapkan nilai kemanusiaan yang tinggi seperti keadilan, saksama, melindungi maruah dan aspek nilai yang dapat memberikan satu pendekatan yang sama.

Program selepas sekolah telah lama dipraktikkan di kebanyakan negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Program ini dapat memberikan peluang kepada semua murid-murid mempelbagaikan kreativiti dan keupayaan mereka dalam menyertai aktiviti disediakan dan tidak hanya menjurus kepada satu bidang tertentu sahaja.

Pelajar juga dapat belajar dengan jurulatih berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang mereka seterusnya memberikan satu kualiti pengajaran yang bermakna kepada setiap pelajar.

Beri satu hubungan antarabangsa

Aktiviti selepas sekolah tidak terhad kepada aktiviti hujung minggu semata-mata tetapi juga dijalankan selepas setiap kali selepas sesi persekolahan.

Program selepas sekolah juga dapat memberikan satu hubungan antarabangsa kepada aktiviti sukan, rekreasi dan budaya yang diiktiraf oleh badan-badan anatarabangsa seperti ASEAN, UNESCO, UNICEF daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Melalui beberapa penganjuran dan tajaan yang dilaksanakan, maka, peluang seumpama ini wajar dapat memberikan lebih ruang dan peluang untuk murid, guru dan organisasi untuk lebih maju ke hadapan sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara dalam mengaplikasikan budaya kerja negara maju.

Medium kesukanan dan rekreasi yang bermanfaat

Inisiatif latihan secara percuma aktiviti sukan dan rekreasi adalah hasil gabungan kepakaran dan pengalaman yang digemblengkan untuk memberikan sumbangan dan khidmat bakti secara tersusun.

Dengan mendaftarkan kelab sukan dan rekreasi secara sah, ia adalah bertujuan agar usaha ini tidak menjadi sia-sia.

Melalui kelab sukan dan rekreasi yang berdaftar juga, objektif penubuhan sesuatu organisasi itu akan menjadi lebih tersusun dan teratur dengan takwim yang terancang dan menjalani aktiviti secara konsisten.

Ini dapat memberikan peluang kepada semua untuk menyertai aktiviti yang dirancang dengan baik.

Menerusi aktiviti kelab sukan dan rekreasi, penyertaan masyarakat dapat menolong kanak-kanak dan remaja dalam kelompok keluarga susah dan B40 untuk memajukan diri dengan komitmen sendiri di luar waktu persekolahan melalui penglibatan ibu bapa secara langsung.

Perkongsian aspek budaya juga merupakan salah satu perkara penting dalam aktiviti selepas sekolah yang menjurus kepada perkongsian dan persefahaman antara budaya masyarakat yang berbeza.

Hormat menghormati perbezaan dan menghargai persamaan adalah salah satu sikap yang diterapkan dalam aktiviti selepas sekolah.

Dan ia turut menjadi salah satu daripada aspek penting dalam pelaksanaan After School Programme.

Komuniti dan masyarakat setempat

Penglibatan secara langsung melalui komuniti setempat adalah kunci kekuatan organisasi di mana melalui kesedaran yang diwujudkan akan dapat memberikan wadah atau platform supaya dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka agar terus aktif.

Aktiviti ini memberi ruang dan peluang kepada semua tanpa mengira latar belakang dan status mereka untuk turut dapat sama meluangkan masa dalam menjalankan cara dan gaya hidup sihat secara mental dan fizikal.

Program juga tidak terhad dengan aktiviti di peringkat negara sendiri bahkan dapat dilaksanakan di pentas antarabangsa.

Aktiviti antarabangsa di mana pemain di kalangan remaja dijemput untuk menyertai program di Singapura dengan sokongan badan ASEAN.

Peluang majukan diri

Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.

Keupayaan ini menjadi terbatas apabila tiada sebarang bentuk laluan yang diwujudkan untuk mereka aktif khususnya di peringkat komuniti.

Kebanyakan aktiviti sukan yang dilaksanakan memerlukan komitmen yang tinggi sama ada dalam aspek kewangan mahupun masa dan tenaga.

Melalui pendekatan latihan secara percuma yang ditawarkan, maka prestasi kanak-kanak dan remaja akan meningkat melalui penglibatan aktif mereka melalui aktiviti yang diperkenalkan di peringkat komuniti setempat.

Kekurangan dan kemiskinan bukan halangan seseorang untuk aktif kerana usaha yang sedemikian akan memberikan persepsi positif.

Ini kerana, mereka juga berupaya untuk menyumbang kepada diri sendiri, sekolah dan masyarakat yang ada.

Sokongan ibu bapa turut menjadi salah satu faktor penting kemenjadiaan program selepas sekolah dimana ibu bapa bertindak sebagai sukarelawan yang aktif dengan memberikan bantuan dalam aspek latihan dan sumbangan tenaga dan masa.

Meski mereka bukan individu yang pakar namun keberadaan mereka di sepanjang aktiviti dan program berlangsung dapat memberikan sokongan kepada peserta dalam kalangan kanak kanak dan remaja.

Maklumat Penulis:

Cikgu Mohd Nasir Zakaria

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, Selangor

Artikel berkaitan 

Program pertukaran beri peluang Cikgu Nasir timba pengalaman di Korea Selatan

“Cikgu Farazi, kalau saya sakit atau berlaku apa-apa, cikgu mesti datang melawat tau, janji”

Cikgu Han Jian bangga jadi guru, anggap profesion perguruan kerjaya mulia 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan