pexels-michael-burrows-7125676
pexels-michael-burrows-7125676

Masih kekurangan 10,000 guru, isu signifikan di sekolah bandar

Rasyidah Zulkifi
17 Aug 2022 09:07am
A
A
A

Walaupun pengambilan guru secara one-off telah dilakukan secara besar-besaran, namun sekolah masih kekurangan lebih kurang 10,000 guru di kawasan bandar, menjadikan isu ini signifikan jika dibandingkan dengan luar bandar.

Hal tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin untuk menjawab soalan tambahan dalam sidang Dewan Negara, baru-baru ini.

Tambah beliau, jumlah guru terkini di kawasan bandar adalah seramai kira-kira 307,000 orang dan angka itu tidak mencukupi untuk memenuhi tugasan mengajar di sekolah.

“Negara masih kekurangan kira-kira 10,000 guru di mana jumlah guru di kawasan bandar waktu ini adalah seramai 307,000 orang.

“Angka tersebut lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar dengan jumlah 4,732 kekosongan yang cuma mempunyai kira-kira 110,000 guru.

“Bekalan guru yang sedikit di sekolah merupakan antara faktor yang menyumbang kepada isu ini termasuk sekolah luar bandar,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Mohamad, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil beberapa kaedah bagi menyelesaikan permasalahan itu.

Berikut merupakan lima pendekatan yang diambil KPM bagi mengatasi isu tersebut.

  1. KPM menubuhkan jawatankuasa pengambilan dan penempatan guru yang akan memastikan keseimbangan, pengambilan dan penempatan guru di sekolah-sekolah. Selain itu, ia berfungsi bagi mengenal pasti transformasi yang berlaku dalam dasar, kurikulum, program dan enrolmen yang memberi kesan terhadap keperluan guru.
  2. Sehingga 31 Julai 2022, seramai 16,381 guru mendapat lantikan secara one-off telah mendapat penempatan dan daripada jumlah itu, kira-kira 5,944 guru telah ditempatkan di sekolah luar bandar.
  3. KPM menjadikan jumlah 15,761 sebagai unjuran untuk bakal graduan dari universiti awam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mendapat penempatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2022 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
  4. KPM melaksanakan pertukaran guru sebanyak empat kali setahun untuk mengatasi isu kekurangan tenaga pendidik di luar bandar dan pada masa sama memudahkan pergerakan mereka.
  5. Untuk meningkatkan proses penempatan dan pertukaran guru, kluster mata pelajaran diwujudkan.

Artikel berkaitan

Pilihan menu RMT di sekolah rendah

(VIDEO) Kekurangan bukan halangan, guru gigih hias kelas hanya dengan satu tangan 

SelVAX Remaja sasar vaksin 10,000 remaja


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan