278919653_5879631338730421_3961094810034835542_n
278919653_5879631338730421_3961094810034835542_n

Pelajar solat subuh berjemaah di masjid peroleh duit belanja, usaha murni pihak masjid raih pujian warganet

Adlan Farhan Azwan
21 Apr 2022 10:53am
A
A
A

Dalam usaha untuk mengimarahkan masjid terutamanya pada bulan Ramadan yang bakal berakhir tidak lama lagi, kita boleh lihat pelbagai inisiatif yang telah digunakan oleh pihak masjid.

Masjid Sharifah Fatimah di Kampung Kemunting Baru, Jitra, Kedah, mengambil pendekatan tersebut dengan memberikan duit belanja sekolah kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid pada setiap hari persekolahan.

Menurut pihak masjid tersebut, program pemberian duit belanja sekolah ini telah bermula sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Baca juga

2,000 sumbangan beg diagihkan, sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur

Pengisian menarik sempena Ramadan, guru dan murid teruja sertai pelbagai aktiviti di sekolah

“Tiada syarat yang diberikan, hanya datang solat Subuh dan pelajar sekolah terbabit akan diberikan RM3 setiap seorang.

“Jika tidak memakai pakaian seragam sekolah, terus berjumpa pegawai masjid dan maklumkan sahaja supaya pegawai tidak terlepas pandang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Masjid Sharifah Fatimah.

Dalam pada itu, pihak masjid tersebut juga berharap agar usaha mereka dapat menarik minat anak muda mencintai masjid dan seterusnya mengimarahkan lagi suasana masjid dengan kehadiran pelajar sekolah.

Perkongsian yang dibuat menerusi laman Facebook itu turut mendapat perhatian pengguna dengan lebih 3,500 tanda suka dan lebih 1,500 jumlah perkongsian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kebanyakan daripada mereka memberi pujian serta sokongan kepada inisiatif yang dilakukan masjid tersebut dan menggalakkan usaha murni itu diperluaskan kepada seluruh masjid di Malaysia.

Hj Alias Hj Yeh: Itulah contoh pendorong yang terbaik bagi menarik minat pelajar hadir ke masjid untuk solat berjemaah. Mereka adalah generasi pelapis yang bakal mewaris kita untuk mengimrahkan masjid.

Shima Md Noor: Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Sharifah Fatimah. Semoga menjadi ikutan masjid-masjid seluruh negeri Kedah.

Kamarul Zaman: Alhamdulillah, semoga program ini menjadi contoh dan mendorong pihak masjid yang lain untuk turut bersama mengambil pendekatan ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan