mat kilau
mat kilau

Pelajar Tingkatan 6 dapat tiket percuma tonton Mat Kilau, dididik hargai jasa pahlawan

Rasyidah Zulkifi
12 Aug 2022 08:05pm
A
A
A

Seramai 100 pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong, Tanjung Kling, Melaka telah diberikan tiket percuma untuk menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di pawagam Elements Mall Banda Hilir, baru-baru ini.

Tiket percuma itu ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi sebagai inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai para pejuang tanah air suatu ketika dahulu.

Menurutnya, program tersebut diadakan bersempena hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi juga bertujuan memupuk erti sebuah perjuangan kepada perwira-perwira negara yang terlibat.

“Selain guru-guru SMK Seri Tanjong, wanita UMNO Pantai Kundor, staf Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (Japerun) Pantai Kundor, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dan Balai Polis Tanjung Kling turut menyertai program ini.

“Inisiatif ini dilaksanakan bukan sahaja sebagai satu bentuk sokongan kepada penerbit-penerbit filem dalam kalangan orang Melayu, malahan lebih daripada itu.

“Bukan sekadar menambah pengetahuan mengenai sejarah dan perjuangan pahlawan tempatan, kita turut mahu memupuk semangat juang tinggi kepada anak bangsa pada masa kini,” katanya.

Menariknya, semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut dilihat mengenakan busana Melayu bagi memeriahkan lagi suasana di dalam pawagam.

Sinar Bestari kongsikan beberapa langkah lain untuk menguatkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah.

1. Menyertai program lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti A Famosa, Kellie’s Castle, The Stadhuys dan Kompleks Sejarah Pasir Salak.

2. Menghayati lagu Negaraku dan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

3. Memupuk semangat patriotisme di sekolah seperti bekerjasama, berbudi bahasa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Artikel berkaitan

Pelajar Tingkatan 4 temui ajal ketika latihan merentas desa 

‘Perjalanan seorang guru yang menggunakan tiket ikhlas pasti akan membina kekuatan jiwa, percayalah’

Ramai ibu bapa daftar anak belajar silat gara-gara Mat Kilau


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan