no image

Pengetua Cemerlang ingatkan 'jangan pandang remeh aktiviti menyalin murid'

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
22 Jul 2022 10:27pm

Setiap murid perlu menguasai kemahiran menulis pada peringkat awal lagi.

Ini kerana, kemahiran dan kecekapan menulis memainkan peranan penting walaupun sekarang masyarakat berada dalam era kecanggihan dan kepantasan maklumat.

Bagi memastikan murid mampu menulis dengan baik, guru-guru akan mencatat segala nota pada papan tulis di bilik darjah.

Kemudiannya, murid-murid dikehendaki menyalin apa yang ditulis oleh para guru dalam buku latihan masing-masing.

Pengetua Cemerlang, Abd Bashid Harun, berkongsi beberapa perkara berkaitan aktiviti ‘menyalin’ murid dalam sebuah portal tempatan.

Katanya, aktiviti menyalin tidak harus dipandang remeh oleh semua orang dan antara sebab-sebabnya adalah seperti

1) Jangan pandang rendah aktiviti menyalin. Aktiviti menyalin menjadi aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas.

2) Aktiviti ini melibatkan perbuatan menyalin dari tulisan guru di papan putih ke buku tulis milik murid atau pelajar, menyalin dari buku teks atau sumber lain ke buku nota milik anda.

3) Ramai yang menyangka aktiviti menyalin hanya sesuai untuk murid-murid tertentu. Murid-murid yang pandai kononnya tidak sesuai untuk menyalin. Pendapat seperti itu salah.

4) Aktiviti menyalin yang dilihat mudah sebenarnya dan ia bermanfaat kepada setiap murid.

5) Aktiviti menyalin bukan sahaja menjadi kaedah memindahkan ilmu yang asalnya milik orang lain menjadi milik kita.

6) Aktiviti menyalin, apabila kerap dilakukan menjadi satu latihan melatih jari jemari tangan untuk membentuk kebiasaan menulis.

7) Lebih kerap aktiviti menyalin ini dilakukan ia akan membentuk kelaziman dan akhirnya timbul rasa seronok untuk menulis.

8) Sebaliknya, jika murid tidak membiasakan atau memaksana diri untuk menyalin, mereka akan terperangkap dalam perasaan jemu dan bosan untuk menyalin.

9) Akhirnya anda akan rasa malas untuk menulis.

10) Sepatutnya menulis terbentuk lebih awal dalam kalangan murid. Jika sampai Tingkatan Empat, murid kita masih bermalas-malas untuk menulis, kesannya amat terus.

11) Lebih buruk jika kerja menyalin tidak dibuat bersungguh-sungguh atau cuba dihindari.

12) Begitu juga sikap menghantar kertas jawapan kosong atau hanya menyalin sebahagian dan sebahagian lain dibiarkan, menjadi tabiat yang tidak baik dan kesannya begitu buruk kepada hasil peperiksaan nanti.

13) Bukankah peperiksaan itu melibatkan aktiviti menulis. Aktiviti yang menjadi fokus murid semasa peperiksaan adalah menulis. Anda menulis jawapan di atas kertas jawapan.

14) Jawapan murid yang dizahirkan dalam bentuk tulisan itulah yang diperiksa dan menjadi jaminan sama ada anda akan mendapat markah yang baik atau sebaliknya.

15) Sebelum murid berjaya menulis dalam peperiksaan, anda terlebih dahulu mesti menulis nota, karangan, ayat dan jawapan untuk soalan latihan yang diberikan oleh guru.

16) Sebelum semua itu berlaku, murid tidak ada pilihan lain selain membiasakan diri untuk menyalin nota yang diberi oleh guru sebab itu adalah aktiviti menulis yang paling asas.

Mulakan sekarang!

Artikel berkaitan 

7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!

Cara-cara mengajar murid kelas belakang, nombor 7 wajib baca!

Lakukan 6 perkara ini untuk anak kuasai bahasa Inggeris. Sangat berkesan!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan