310160948_8317237988288016_1086350422977734320_n
310160948_8317237988288016_1086350422977734320_n

Pertandingan Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling cungkil bakat reka cipta pelajar sekolah rendah dan menengah

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
03 Oct 2022 06:09pm

Pertandingan Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Alam Flora berjaya mencungkil bakat reka cipta para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam menghasilkan produk menggunakan bahan-bahan kitar semula.

Hasil rekaan rumah kucing yang diperbuat daripada bahan kitar semula oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor, Muhammad Aakif Naufal Azmi berjaya dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah pula, ia dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis, Banting, Selangor, Khogabslaram Mohan dengan hasil rekaan kapal.

Kapal yang dihasilkan ini juga turut menggunakan bahan kitar semula. Kredit foto: Facebook Alam Flora

Masing-masing telah membawa pulang hadiah utama iaitu konsol permainan video dan sijil penyertaan digital.

Muhammad Aakif dan Khogabslaram telah mengalahkan 12 peserta (enam dari sekolah menengah dan enam dari sekolah rendah) yang terpilih untuk memasuki peringkat akhir yang berlangsung di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan, pertandingan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Alam Flora ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Katanya, pertandingan tersebut merupakan usaha yang dilaksanakan oleh Alam Flora untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah dan orang awam terhadap pembudayaan konsep 5R iaitu Recycle, Reuse, Reject, Repair, Reduce dan Reject.

Para juri sedang membuat penilaian pemarkahan untuk pertandingan Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling

“Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan sebanyak 40 peratus sisa yang boleh dikitar semula, dibuang ke tapak pelupusan sampah menjelang 2025,” katanya ketika berucap pada perasmian program Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling, baru-baru ini.

Sepanjang pertandingan, para peserta telah menunjukkan kemahiran menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan produk bertemakan warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan kuning untuk menyemai semangat kemerdekaan negara.

Para peserta juga dikehendaki menghantar video projek reka cipta kitar semula melalui platform media sosial Alam Flora sepanjang bulan Ogos.

Artikel berkaitan

UPM bantu Sekolah Bajau Laut Omadal bangunkan Kebun Atas Air

Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai

112 pelajar Politeknik Muadzam Shah, cipta arca berasaskan bahan kitar semula


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan