Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai
Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai

Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai

Roshlawaty Md Raieh
30 Sep 2022 09:49am
A
A
A

Walaupun hanya mengajar murid-murid prasekolah, namun Cikgu Mardiana Mokhtar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 2, Kuala Lumpur, sangat berpengalaman luas dalam aktiviti kitar semula.

Ia terbukti apabila beliau sering memperjuangkan penggunaan bahan kitar semula sama ada untuk digunakan sebagai produk inovasi atau dikumpulkan untuk dikitar semula.

Dek minat mendalamnya terhadap aktiviti tersebut, Cikgu Mardiana dilantik menjadi Guru Pembimbing bagi pertandingan Anugerah Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, anak murid Cikgu Mardiana iaitu Sofea Zahra Ahmad Hizammi (murid Tahun Lima) telah diangkat sebagai johan dan kejayaan tersebut cukup membanggakan seluruh warga SK Danau Kota 2.

Semangat dan perjuangan Cikgu Mardiana (berdiri, kiri) dalam kitar semula akan diteruskan sampai bila-bila.

Selain merangkul kejayaan di pertandingan tersebut, Cikgu Mardiana melahirkan rasa gembira kerana sekolahnya turut meraih pelbagai anugerah dalam kategori kitar semula.

Antaranya, Anugerah Gangsa bagi International Digital Innovation and Invention Challenge; Anugerah Perak bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan dan Naib Johan Pertandingan Inovasi Alam Sekitar Peringkat Negeri.

Ketika dihubungi Sinar Bestari, Cikgu Mardiana berkata, dia sering mengalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti sedemikian.

“Kita banyak bahan kitar semula yang dibiarkan begitu sahaja, jadi apa salahnya murid-murid kitar semula bahan itu dan mencipta produk inovasi yang kreatif.

Bersama murid-murid yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan Anugerah Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“Apabila kita boleh mengitar semula produk-produk terpakai secara konsisten, kita sebenarnya mampu menjimatkan sumber-sumber yang berguna untuk keperluan tertentu,” ujarnya yang baru sahaja menjalankan Program 1 Pokok 1 Ras di SK Danau Kota 2.

Program 1 Pokok 1 Ras bertujuan mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dengan mendapat bekalan oksigen melalui penanaman pokok-pokok di sekitar kawasan sekolah.

Sementara itu, barisan pentadbir SK Danau Kota 2 telah memilih Cikgu Mardiana untuk menerajui Kelab Alam Sekitar kerana keaktifan dan kepakaran beliau.

Cikgu Mardiana (kanan) bekerjasama dengan Alam Flora bagi menjayakan kempen pengumpulan bahan kitar semula.

Di bawah pimpinannya, pelbagai aktiviti berjaya dijalankan dan terkini mereka baru sahaja menjalankan Kempen Kitar Semula Barangan Terpakai selama sebulan.

Kempen tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga sekolah malah ia juga menarik perhatian SWCorp Wilayah Persekutuan (agensi swasta) dan Alam Flora Wilayah Persekutuan untuk membeli barangan kitar semula berkenaan.

Sinar Bestari mendoakan agar usaha murni Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula akan berterusan sampai bila-bila, insya-ALLAH.

Bersama wakil Jabatan Alam Sekitar ketika pelancaran Program 1 Pokok 1 Ras, baru-baru ini.

Artikel berkaitan 

Cipta banyak kejayaan sepanjang 9 tahun bergelar guru, Cikgu Rahim buat warga sekolah bangga!

Hasilkan pakaian guna tekstil kitar semula, pelajar Taylor’s University sokong Matlamat SDG

Projek pelajar bina sangkar kitar semula untuk manfaat komuniti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok