PRU15
PRU15

PRU15: SPR kongsi langkah semakan masa mengundi dan keluar mengundi digalakkan

Roshlawaty Md Raieh
17 Nov 2022 04:02pm
A
A
A

Dalam semakan daftar pemilih yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar, ada dipaparkan maklumat berkaitan masa mengundi dan masa keluar mengundi yang digalakkan bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Para pengundi digalakkan untuk melihat waktu mengundi masing-masing bagi mengelakkan kesesakan di pusat pengundian.

Sebagai contoh, masa mengundi penulis di sebuah sekolah adalah pada pukul 8 pagi hingga 6 petang dan masa keluar mengundi yang disarankan adalah antara pukul 2 hingga 4 petang.

Diharapkan semua pengundi yang terdiri dalam kalangan guru dan pelajar universiti dapat membuang undi mengikut sistem penjadualan yang ditetapkan oleh SPR.

PRU15 merekodkan seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU15 meliputi 20,905,366 pengundi biasa; 146,737 anggota tentera dan pasangan; 118,794 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Jumlah ini termasuk 1.4 juta pengundi berumur antara 18 hingga 20 tahun yang bakal turun mengundi buat kali pertama.

Untuk PRU15 ini, SPR telah menetapkan hari pengundian pada 19 November manakala pengundian awal pada 15 November lalu.

Artikel berkaitan 

PRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswa

PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu

PRU15: Pelajar IPTA tuntut kestabilan ekonomi, kebebasan berpolitik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan