WhatsApp Image 2021-12-12 at 4.39.31 PM
WhatsApp Image 2021-12-12 at 4.39.31 PM

“Saya sudah letih jadi cikgu, tidak semua hargai kami…”

webadminwebadmin
13 Dec 2021 10:20am

Kerjaya seorang guru sememangnya satu profesion yang sangat mencabar. Tugas mereka bukan hanya perlu mengajar malah segala kerja yang tiada kaitan dengan aktiviti mengajar juga perlu dilaksanakan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kita sering mendengar daripada mulut-mulut para guru bahawa kerjaya mereka ini sangat mendatangkan stres yang tinggi.

Meskipun begitu, ramai guru yang tidak mengendahkan stres yang dialami dek kerana yakin semua tekanan tersebut adalah berbaloi memandangkan mereka adalah arkitek generasi masa depan negara.

Namun, tidak semua dapat menahan tekanan tersebut, ditambah lagi dengan sikap tidak prihatin masyarakat di luar sana yang sering memperlekehkan tugas-tugas guru.

Sinar Bestari tertarik dengan sebuah perkongsian daripada seorang guru di laman Facebook yang penat dengan layanan daripada segelintir ibu bapa yang langsung tidak memahami dan menghargai usaha-usaha dilakukan mereka.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

*****

Ya, saya seorang cikgu.
Ya, waktu saya sakit saya masih ke sekolah..
Waktu saya kena serangan hypokalemic periodic paralysis, saya masih memanjat tangga tingkat tiga untuk mengajar..
Tak sakit ke?
Gila tak sakit!
Tapi rasa lebih sakit bila terbaca satu hantaran yang penuh emosi memanggil cikgu-cikgu dengan panggilan 'cikgu bodoh'.
Pasal graduasi, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal jamuan, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal meraikan pelajar berjaya, dipanggil cikgu bodoh.
Pasal kutip duit seringgit untuk beli hadiah bersara, dipanggil cikgu bodoh.
Pendek kata apa jua isu yang berlaku, adalah kerana cikgu.
Cikgu ni bodohlah.
Wahai puan-puan yang cerdik pandai,
Usahlah hantar anak kamu kepada kami.
Didiklah sendiri..
Kang terjangkit bodohnya nanti besar pula bala yang menanti.
Puan-puan tak tahu saban kali ada murid yang datang mengadu:
"Cikgu, duit saya hilang."
Cikgu bodoh ni seluk handbag dan gantikan.
"Cikgu, mak belum datang ambil."
Cikgu bodoh ni tengok jam dah lewat petang lepas tu tanya, rumah awak kat mana meh cikgu hantarkan.
"Cikgu, saya tak dapat join kem ni sebab mak tiada duit"
Cikgu bodoh ni pandang tepat ke dalam mata murid dan berkata tak apalah...awak datang je kem tu, sayang sangat kalau awak tak masuk. Tidak apalah cikgu bayarkan.
Murid berminggu tak datang sekolah, cikgu bodoh yang mengandung 6 bulan panjat tangga rumah flat ketuk pintu tanya kenapa awak tak datang.
Murid baru bangun tidur terpisat-pisat menggosok mata dengan ibu bapa ada di sebelah.
Mak saya sangat bangga bila saya jadi cikgu dulu.
Tapi kini saya sering bagitahu mak yang saya sudah letih jadi cikgu.
Tidak semua ibu bapa yang tidak hargai kami,
Ada yang pekertinya mulia sekali.
Tapi, dipanggil bodoh...
Ish-ish... Adab dah ke mana?
Kamu kata kalau tak buat jangan terasa,
Masalahnya kamu sebut cikgu,
Kami semua bergelar cikgu!
Waktu saya warded kerana hypoKPP, saya masih marking paper di hospital.
Rata-rata doktor yang datang ambil darah saban hari akan tanya:
“Seronok tak jadi cikgu?"
Aish nak senyum dan jawab rasa serba tak kena
Jiwa cikgunya masih ada, tapi sudah hampir mati rasanya!

Arkitel berkaitan 

Rezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajar

Graduan UTHM berjaya siapkan tesis di pusat hemodialisis demi menjaga suami sakit

“Sebanyak 25 peratus kadar elaun warden naik” – KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan