mohd radzi
mohd radzi

"Sebanyak 25 peratus kadar elaun warden naik" - KPM

Rasyidah Zulkifi
24 Jun 2022 05:20pm
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menaikkan kadar elaun bulanan warden di sekolah berasrama di bawah kementerian itu sebanyak 25 peratus.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kadar baharu elaun diterima ketua warden sebanyak RM350 sebulan, manakala warden pula RM300 sebulan.

Tambahnya, kali terakhir kadar elaun warden itu disemak adalah pada 1997.

“Kedua-dua penambahbaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM19 juta yang akan dilaksanakan pada 1 Ogos 2022. 

“Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak KPM untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan di atas kelulusan yang telah diberikan kepada KPM bagi kedua penambahbaikan ini.

“Pada masa sama, KPM akan terus berusaha menambah baik portfolio warden asrama di sekolah asrama bawah KPM,” katanya dalam satu video di Facebook rasmi pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bilangan warden asrama turut bertambah seramai 3,813 orang.

Beliau berkata, pertambahan itu merupakan peningkatan sebanyak 63 peratus daripada 6,055 warden waktu ini kepada 9,868 orang.

“Dengan peningkatan jumlah warden asrama ini, maka penggiliran jadual bertugas warden akan dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama bawah KPM,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Cuepacs minta kerajaan lihat kebajikan guru, elaun guru khususnya luar bandar

Pembayaran elaun petugas dan pemeriksa SPM 2021 bermula hari ini

Asrama terbakar, 43 pelajar selamat ketika tarawih

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok